Servis Claim Warranty SONY Laju Servis Claim Warranty SONY Laju - The New Minded Servis Claim Warranty SONY Laju Servis Claim Warranty SONY Laju

Khamis, 1 Disember 2016

Servis Claim Warranty SONY Laju

20 comments

USB UCB16 SONY
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai servis claim warranty SONY laju dan cepat. 

Minggu lepas saya ada masalah dengan cable usb untuk hp sony ni, dia macam tak detect nak caj gitu. Jadi saya call center sony bertanyakan masalah saya ini bagaimana nak diselesaikan ? Beliau maklumkan kepada saya untuk pergi ke Sony Servis Center untuk check dahulu jika masalah usb ni dapat diclaim warranty. 

Jadi pada hari tersebut iaitu minggu lepas hari selasa saya pergi ke Sony Servis Center di alamat yang diberikan kepada saya untuk check masalah usb itu.. Beliau check dan mengatakan ye memang ada masalah ni, jadi dia check hp masih dalam warranty dia meminta warranty card dan prove of purchased untuk claim warranty tersebut. 

Mula-mula saya sangkakan aksesori SONY ini tidak dicover warranty maybe kalau dicover pun below than 6 month. Tapi beliau beritahu kepada saya aksesori pun dicover sehingga 1 tahun sama dengan hp.. Fuh terkejut juga dengarnya.. Tak sangka pula dicover sehingga 12 bulan untuk aksesori..

Jadi ketika nak buat claim warranty tu beliau meminta prove of purchased iaitu resit.. Fuh mana la sy ada bawa resit tu kan ingatkan warranty kad je perlu disimpan.. Jadi explain la dekat dia resit takde yang ada warranty kad, ye la kan dah la jauh datang tak kan la nak pulang tangan kosong kan pastu kena datang semula.. Atas budibicara beliau menerima dan cuba untuk claim warranty itu, sebab dia bagitahu untuk aksesori perlu ada resit untuk tukar 1-1 kepada yang baru kalau takde resit dia tak bagi jaminan sama ada dapat tukar baru or tidak. Fuh.. 

Pastu pulang la kan, malam tu minta tolong dengan mak suh cari resit dirumah.. Alhamdulillah nasib la jumpa juga resit tu.. Terus sent di emel Sony Servis Center dan maklumkan kepada beliau selepas sent dan dia cakap okay terima kasih dan minta tunggu untuk barang sampai dari kl ke sini.. 

Selepas 7 hari dah dapat mesej beritahu barang dah sampai dan perlu dicollect.. Alhamdulillah penukaran usb cable baru berjaya.. 

Laju kan dalam masa 7 hari je proses terus dapat usb cable baru..

Usb cable baru
Ini dia usb cable yang baru sampai tu... Ini lepas di test tadi di Servis Center SONY sebelum sign mengatakan produk itu memuaskan.. So tadi dah test usb ni okay tiada masalah.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sony support dan sony servis center atas proses servis yang pantas dan laju.. Baru la dapat merasakan semula fast charging di Z5 Premium ni.. hehe.. Harap2 lepas ni tiada la masalah lain pula timbul.. Amin...


Jadi peringatan untuk anda juga sila pastikan 
  1. Resit
  2. Warranty kad
Perlu disimpan elok-elok, lagi bagus siap2 buat salinan softcopy, maklumlahkan resit tu lama2 akan hilang ink dia tu.. Ini untuk memudahkan urusan untuk claim warranty anda tu...





If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

20 ulasan :

  1. sony memang terbaikkk, sesuai dengan harga dia ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Berbaloi dgn harga yg di tawarkan dgn servis yg diberikan.. :)

      Padam
  2. terbaik la sony ni.. lgipun hrga berbaloi dgn kualiti dan perkhimatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul tu.. Perkhidmatan yg bagus dan laju setakat ni..

      Padam
  3. Assalamualaikum Ahmad Hasif,

    Berbaloi-baloi beli sesuatu dengan servis yang bagus..
    Al-maklum bab-bab claim or refund ni memang paling leceh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.. Aah betul tu berbaloi beli brg yg servisnye bagus.. :)

      Padam
  4. rasa ringan klik2 blog Ahmad ya ..bagus

    BalasPadam
  5. Sony harga mmg tinggi, tp kualiti dan servis terbaik, jadi berbaloi. Mai pakai earphone Sony, mmg terbaiklah sound dia walaupun pakai phone murah, hahahaha yg penting earphone berkualiti,hehehe.

    BalasPadam
  6. cable usb sony saye dulu lama tahan. masuk 6 tahun gak pakai. :) bagus dpt claim warranty

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah nad alhamdulillah dapat claim warraanty usb sony ni.. :)

      Padam
  7. setiap kali beli barang apa pun.. resit dan warranty kad .jangan hilang entah ke mana.. jadi apa2 ..warranty kad tanya dulu hii..alhamdulillah nasib boleh yang baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la wani.. kena siap2 simpan salinan warranty kad dgn resit tu..

      Padam
  8. Pengalaman mengajar kita kan awak.. Saya pernah guna hp sony. Gambar memang cantik. Function cun.

    Cuma.. Satu je saya kurang suka. Screen hp bila kena kipas atau kena titisan air, akan automatic scroll down/up atau tertekan something kat tmpt yg terkena air atau angin kipas.

    Sebab tu tukar ke Vivo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo screen jadi cmtu eh? so far takde la pulak bila guna sony z5 premium ni..

      Padam
  9. Assalamualaikum Hasif, nak tanya kalau lepas kita fetch tu tak payah buat apa-apa dah ke? Sebab dh complete.

    Lagi satu sitemap tu memang lama ke nak siap? sampai skrg masih pending lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikummussalam.. lepas dah fetch takyah buat apa2.. biarkan jer..

      sitemap tu amik masa untuk siap.. dalam seminggu la gitu.. ada error ke ketika submit tu?

      Padam