2017 2017 - The New Minded 2017 2017

Ahad, 5 November 2017

Review Miniso Perfume Leisure Sports Mens Perfume

4 comments

Leisure Sports Men's Perfume
Leisure Sports Men's Perfume 40 ml
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca sekalian? Berbulan juga la saya tidak update blog ini. Sampaikan terlupa yang Google Adsense pun dah lulus. Alhamdulillah.. Walaupun lama tak update blog ni adsense tu masih kekal lagi di blog ini. 

Okay, hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai produk keluaran Miniso Japan. Mungkin ada diantara anda telah ketahui mengenai outlet Miniso Japan ni kan. Sejak kebelakangan ini makin banyak outlet Miniso Japan ni dibuka, boleh dikatakan kemana mall yang saya pergi mesti akan jumpa outlet Miniso Japan ni. Terutama didalam kawasan Kuala Lumpur. 

Masa tengah jalan-jalan di Sunway Velocity, terlalu depan Miniso ni tiba-tiba kaki ni terus melangkah masuk kedalam outlet tu dan terus capai perfume ini untuk test baunya. 

Apa yang mengejutkan bau perfume ini boleh dikatakan lebih kurang macam bau premium perfume you will know what i mean bila you all pergi cari produk ni dan cuba bau perfume ni. You will love it.. Seriusly.. 

Masa tengah test bau tu, sampai kan tiga kali saya tanya dengan mak saya betul ke bau perfume ini. Imagine saya macam tidak percaya baunya sebegitu. Actually ia kena dengan taste saya. 

Harga untuk sebotol ini adalah RM29.90 sahaja dengan jumlah isipadunya 40 ml. Affordable price la kan. 

NO Wonder Kenapa perfume ini sebegitu baunya
Apabila dah beli and then balik rumah, saya membelek la kotak ni kan tup tup terbaca satu part ni "..Jointly produced by Miniso and Givaudan -- the topnotch French perfume company..." No wonder la kenapa ia boleh sebau macam premium perfume rupanya ada kaitan dengan French. 

Back Packaging
Okay ini info back packaging kotak perfume ini. 

Rupa botol perfume ini

Rupa botol perfume ini simple je. Botol warna jenih dan label. Ringkas. Actually saya tak kisah sangat design botol macam mana asalkan bau perfume tu sedap. 

Dari segi ketahanan bau perfume ni ok la sama dengan harga yang kita bayar tapi bau perfume tu masih melekat dekat baju lagi walaupun dah waktu petang balik kerja tu.. Bau dia takdela strong macam jalan sebatu masih meninggalkan bau perfume tu. Cukup sekadar menghalang bau badan kita tu pun dah okay kan dan menenangkan fikiran kita bila kita bau perfume dekat badan sendiri.

So buat mereka yang nak cuba perfume ini, boleh cari dekat outlet Miniso. Perfume untuk wanita pun boleh tahan juga baunya tu. Ini ada masa nanti nak pergi beli lagi satu ni kang dia dah habis stok susah la pulak nanti.. hehe. 





Read More

Ahad, 20 Ogos 2017

Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies

11 comments

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Adakah anda pernah dengar mahupun mencuba McOaty Cholocate Chips Oat Cookies ini? 
Saya yakin mesti anda tidak pernah cuba kan, nampak tu pernah, hehe..Oleh itu hari ini saya ingin review sedikit mengenai biskut oat McOaty ini. 

Buat mereka yang tidak tahu, produk ini adalah buatan Malaysia ye bukan produk daripada luar negara. Nama syarikat ini adalah Global Premium Resources Sdn Bhd yang bertempat di Johor. 

Produk McOaty ini ada beberapa jenis diantaranya adalah Chocolate chip, raisin, raisin&chocolate dan lain-lain. Tapi diantara tiga ini saya lebih suka McOaty Chocolate Chips ini memang sedap. 

Pada mulanya, memang saya agak was-was juga la nak beli biskut ini sebab takut rasa dia tak sedap & biskut dia pecah. Maklumlahkan kebanyakkan biskut butter yang dipasaran tak semua nya kena dengan selera individu terutama saya ni ha pastu pecah maybe disebabkan semasa delivery ke store la tu. Masa tu biskut ini ada buat promosi rasanya dalam RM3.00++ kot tak ingat normal price dia below than RM5 per pak jika tak salah saya. 

Bila tengok jer packing ni macam menarik je pastu ada promosikan, saya pun grab la satu pek biskut ni. Bila sampai je rumah bukak je pek ni alhamdulillah biskut dia tak pecah, first time beli biskut semua dalam pek tu tak pecah.. 😄 well done GPR good packaging.. 

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Ini dia rupa biskutnya tu. Saiznya agak besar juga lebih kurang besar chipsmore tapi kecik sikit dari chipsmore tu. Susunan Biskut tu dalam tray kemas dan rapat maybe sebab tu biskut ni tak pecah walaupun gerak banyak kali. 

Rasa biskut ni memang sedap, rangup. Chocolate chip pun banyak, oat pun banyak juga. Kira rasa biskut ni memang sedap la. Tak manis sangat pun memang boleh makan hari-hari ni.. hehe.. 

Info McOaty Chocolate chips Oat Cookies
Okay buat mereka yang nak tahu nurtition fact biskut ni boleh la rujuk gambar dekat atas ni ye. 

Nutrifacts

 Kepada anda yang belum cuba lagi produk ni. Jom sama-sama kita cuba produk ni..Rasa biskut ni memang superb tak rugi anda cuba.. Satu pek biskut ni tak sampai RM5 pun rasanya, boleh didapati dekat pasaraya. 

Bila dah rasa sama-sama komen di ruang komen ni ye.



    

Read More

Selasa, 15 Ogos 2017

Servis Beli Domain Blog Harga Berpatutan

3 comments

Name cheap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin menawarkan servis beli domain blog dengan harga berpatutan. 

Mungkin ada dikalangan blogger masih tidak tahu cara untuk membeli domain dan setup di blogspot tanpa perlu membeli hosting? Disini anda telah jimatkan duit anda daripada perlu beli hosting gitu.
Jadi mulai hari ini saya ingin membantu anda yang ingin membeli domain untuk blog anda dengan menggunakan perkhidmatan servis yang saya sediakan ini. 

Apa yang saya tawarkan kepada anda ? 
  1.  Saya akan membeli domain blog anda di laman web namecheap.
  2. Saya akan setupkan domain anda di blogger.
  3. Saya akan pasang https di domain anda menggunakan cloudflare.
Kenapa anda perlu menggunakan servis saya? 
  1. Saya telah mempunyai akaun paypal memudahkan urusan jual beli di namecheap.
  2. Anda tak perlu pening kepala cara untuk setup domain di blogspot ini.
  3. Saya akan buat sehingga domain anda berjaya diintergrate di blogspot.
  4. 100% Duit Domain akan direfundkan semula kepada anda jika domain itu tidak berjaya dipasang di blog anda.
 Kenapa menggunakan namecheap? 
  1. Sudah semestinya adalah murah dan banyak tawaran yang disediakan.
  2. No hidden fees.
  3. Kita kawal apa yang kita nak beli.
  4. Proses yang disediakan agak cepat.
 Caj dan Bayaran yang perlu dibayar ?
  1. Ikut harga domain yang dipaparkan pada waktu semasa di namecheap.
  2. Kadar upah saya adalah USD4.00
  3. Pembayaran boleh dibuat melalui bankin ataupun melalui paypal.
Berminat boleh terus emelkan kepada saya 

Sekarang ini di namecheap tengah ada buat promotion taw, domain untuk 5 tahun hanya usd6.48 je untuk domain yang terpilih. Tersangat la murah, contoh macam jika blog anda sekarang ni lebih kepada buat review blog, boleh guna domain .review kini untuk 5 tahun langganan hanya usd6.48 je. 

Servis Edit Template Blog

Read More

Khamis, 3 Ogos 2017

3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak

15 comments

Ais Kacang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah hari ini diberikan sedikit kesempatan untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama menyepi je kan.. Bukan apa lama menyepi sebab utama laptop rosak baru-baru minta kena beli baru dah ni laptop ni lepas tu internet pula dah lama takde dirumah ni. So baru-baru ni telah subcribe plan internet baru. 

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda 3 Tempat makan yang menarik dan best ketika berada di Kuching, Sarawak yang mesti anda kena cuba. Tempat makan yang saya tujukan ini harga yang ditawarkan agak berpatutan tidak mahal pun satu hidangan tu masih boleh dibayar lagi, maklumla kan kena berjimat cermat sikit. Mungkin diantara 3 tempat makanan yang akan saya nyatakan ini mungkin anda sendiri pun tidak tahu ataupun terlepas pandang. Justeru itu, saya sarankan mari lah kita mencuba ya makanan ditempat ni. 

Tempat Pertama

Swee Kang Ais Kacang
Tempat pertama sekali yang perlu anda cuba adalah Swee Kang Ais Kacang. Di dalam kedai ini ada menyediakan beberapa menu makanan yang anda boleh cuba. Masa saya pergi tempoh hari adalah pada waktu petang kira minum petang la. So minuman petang yang saya pilih adalah :- 

Menu Pertama

Ais Kacang Swee Kang
Untuk mereka yang nak pilih menu ais ni saya sarankan anda cuba ais kacang sahaja sebab rasa sangat sedap tak rugi cuba taw. Dalam menu tu ada banyak pilihan untuk perasa ais ni, kalo pergi by group boleh la order dua tiga jenis berlainan perisa ais ni tapi mesti anda akan katakan ais kacang dia lagi menawan. 

Menu Kedua

Cha Kueh

Cha Kueh
 Menu Ketiga

Rojak Buah
Untuk menu sampingan kami telah pesan satu pinggan rojak buah dan cha kueh. 

Alamat 
Swee Kang Ais Kacang 
Jalan Kulas - Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
Google Map - Swee Kang Ais Kacang

 

Tempat Kedua

FuYu Cafe
Tempat kedua pula adalah di fuyu cafe betempat di satok, sarawak. Di cafe ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yang disediakan untuk para pelanggan. Tetapi menu yang direcommendkan adalah mee kolok dengan laksa sarawak.

Laksa Sarawak

Mee Kolo'
Untuk mereka yang tak berapa suka makan pedas sangat bagus pesan dahulu satu mangkuk laksa sarawak untuk dikongsikan beberapa orang.. Tapi mee kolok dia memang mantap tak cukup makan satu mangkuk je mahu kena pegi dua mangkuk ni..

Alamat
FuYu Cafe
520 Lor Rubber 10, Kuching, Sarawak
Google Map :- FuYu Cafe 



Tempat Ketiga

Nasi Lemak Pandan Sarawak
Akhir sekali adalah menu makanan nasi lemak pandan sarawak. Nak cari kedai ni dia berada di waterfront kuching sarawak berdepan dengan pintu masuk untuk naik cruiser sarawak tu ataupun landmark lain adalah opposite KK Mart. Waktu operasi kalau tak salah saya bermula Jam 10 pagi untuk jualan nasi lemak ini.. 
Nasi Lemak Pandan Sarawak

Gerai Nasi Lemak Pandan Sarawak
Jika pada waktu petang anda teringin nak ada minum-minum petang seperti kuih kan anda boleh cuba cucur dekat sini.. Memang sedap cucur yang dijual dekat sini boleh beli mix means campur2 macam2 jenis cucur yang ada. Selain itu, dekat situ juga ada jual nasi lemak pandan yang agak sedap juga memang berbaloi la dengan harga RM3.50 satu bekas tu ada papadom, telur separuh, ikan masin, nasi lemak, sambal, kacang ikan bilis dan timun. 

Alamat 
Nasi Lemak Pandan Sarawak 
Jalan Main Bazaar, Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak



Akhir kata pada saya, sepanjang 3 hari 2 malam di kuching tempohari, ini merupakan senarai 3 tempat makanan yang best buat saya ketika berada disana. Ya la kan, selain daripada kita makan dikedai yang sudah famous disana sekali sekala boleh juga kita cuba makan digerai lain pula dengan harga yang berpatutan. Sedar tak sedar rupanya ada je kedai makan yang sedap berdekatan dengan hotel kita tinggal tu cuma kita kena test la satu2 kedai disitu yang mana satu tepati citarasa selera kita tu ataupun kita membaca review terhadap kedai itu di google map or dimana2 info ya.

Kesemua link map dan alamat telah saya sertakan diatas ini, buat mereka yang nak cuba boleh la pergi sana dan cuba ye.. Selamat bercuti dan beristirehat ye semua..








Read More

Isnin, 17 Julai 2017

Tutorial Buat Akaun Google Analytics

12 comments

Analytics Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai Tutorial Buat Akaun Google Analytics untuk blogspot. 
Tutorial hari ini sangat ringkas sahaja ia macam kita create akaun google tu ikut je step yang diminta tu kita isi sahaja. Didalam tutorial ini saya akan tunjukkan step untuk membuka akaun google analytics. 

Sign 
Pertama sekali anda perlu pergi ke laman web Google Analytics untuk sign in.

Pilih Analytics
Selepas klik bahagian sign in anda perlu pilih analytics. 

Sign up
Sebelum anda sign google analytics ini, anda perlu terlebih dahulu login akaun google ye.. Selepas itu, untuk mereka yang pertama kali signup google analytic ini paparan seperti diatas ini akan muncul. Anda perlu click di box sign up itu. 

form
Selepas itu satu form akan terpapar, anda perlu isikan butiran yang dikehendaki seperti nama blog, website url, category dan time zone. selepas tu, click pada button get track code dibawah sekali, and then aggreement tu pilih Malaysia and accept.

Track id
Selepas akaun google analytic anda telah berjaya dicipta, paparan track id akan terus muncul. Anda perlu copy code website tracking itu dan paste kan didalam html blog anda untuk memastikan google analytics dapat merekod data diblog anda. 

edit html
Selepas dah copy code tadi tu, pergi ke blogger > theme > edit html 

</body>
Selepas itu, tekan Ctrl + f untuk cari perkataan </body> dan pastekan code tracking tu sebelum perkataan </body> tersebut dan lepas tu save template.. 

Okay sebelum tu ada satu pernambahan code didalam code track google analytics tu, perlu diletak sebelum akhiri code tersebut iaitu sebelum </scripts> code tersebut adalah 
 setTimeout("ga('send','event','Profitable Engagement','time on page more than 3 minutes')",180000);
Okay siap..

senang je kan..

Okay ini saya akan sediakan link dari article saya yang lepas berkaitan dengan Google Analytics ini :-
  1. Teknik Rendahkan Bounce Rate Blog
  2. 2 Cara Mudah Menggunakan Google Analytic
Insyallah ada persoalan daripada anda akan saya cuba jawabkan dengan menerbitkan satu article berkenaan soalan tersebut.

Selamat mencuba.. 😉😉


Read More

Ahad, 2 Julai 2017

Storage Yahoo Mail Kini Bersaiz 1TB

10 comments

Yahoo Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Setelah sekian lama tidak kedengaran yahoo sejak adanya google ni.. Kini yahoo mail telah melakukan satu tarikan yang menarik untuk pengguna yahoo iaitu storage e-mail bersaiz 1TB. Ya betul, kini storage yahoo mail bersaiz 1TB.. Ha amik terlalu besar saiz ini diberikan kepada free account user.. fuh mercik.. 

Saiz email sebesar 1TB ini amat berguna kepada mereka yang sentiasa menggunakan public computer dimana mereka takut untuk dijangkiti virus terhadap external device yang dicucuk dekat public computer. Terutama sekali di lecturer hall.. 

Upload saiz limit adalah 25Mb sahaja untuk satu attachment it's normal size la, setakat file document tu nk watper besar2 kan lain la kalau guna microsoft access tu yang ni memang takdapat ler nak upload.. Tapi jangan risau kalau file tu besar 25Mb kini anda boleh link kan account cloud storage seperti google drive waaa memang bagus macam ni.. Ada perubahan. 

Ada satu benda yang buat saya tertarik dengan yahoo mail terbaru ini adalah, ia mempunyai auto response atau auto reply emel jika kita pergi bercuti.. 

Auto Response
Di auto response ni kita boleh set kan reply mesej yang kita ingin untuk pastikan orang yang hantar mesej dengan kita tu tahu yang kita ni not available on that day.. So example anda boleh setkan mesej yang kita minta dia remind or contact semula pada tarikh kita available ataupun kita boleh setkan mesej tu yang kita akan hubungi beliau semula.. Senang kan.. 

Contoh
Ini adalah contoh auto response.. senang dan mudah.. bila orang tu hantar emel kepada kita automatik beliau akan mendapat mesej yang kita setkan tu. 

yahoo mail storage
Jangan kata saya cakap tidak benar pula, see memang 1TB ya storage email yahoo ni.. Memang terlampau banyak untuk free account.. So kepada anda ape lagi jom ler kita guna yahoo mail ni.. Memang sesuai untuk student / pelajar-pelajar universiti untuk jadikan yahoo mail ni sebagai tempat mereka backup kan document terutama sekali tesis korang tu.. hahaha... 

Cuma yang tak menariknya adalah yahoo mail ni ada iklan je la.. Tapi iklan ia adalah daripada iklan google advertisment punya..Tapi kira berbaloi la kan 1TB diberi oleh yahoo mail kepada kita secara percuma.. Ha tertarik tak? Kalau tertarik jom ler terjah buka akaun yahoo mail tu sebelum nama-nama anda tu semua dah kena amik orang.. haha.. 

Akaun lama pun automatik akan mendapat 1TB juga.. 





Read More

Jumaat, 30 Jun 2017

Google Analytic Bounce Rate Bulan Jun 6%

11 comments

Overview Bulan Jun 2017
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Setelah sekian lama saya sendiri tak check google analytics blog ini.. Hari ini tergerak pula hati nak tengok report blog ini dekat google analytic.. Fuh.. memang memberangsangkan.. Almaklumalah sekarang ni memang agak jarang saya update blog ni.. hehe.. Ingatkan semua benda dah kelaut dah perginya rupa-rupanya masih maintain lagi.. Alhamdulillah.. 

Bounce rate untuk bulan ni masih dikekalkan below 10% iaitu pada 6.66%.. Alhamdulillah walaupun dah lama tak update bounce rate masih maintain je lagi below 10%.. 

Nak buat bounce rate tu below 10% ? boleh cuba lakukan article yang berinfo dan ia agak panjang sedikit untuk memastikan user tu berada lama di page dan blog anda tu.. 

So kita bermain pula dengan article yang mempunyai seo ataupun niche yang berguna dan berinfo seperti kitamembuat review sesuatu tempat, article review produk dan info public place seperti surau didalam shooping complex dan lain-lain.. 

Sekarang ni alhamdulillah blog ini telah mencapai apa yang saya inginkan iaitu saya dapat membantu mereka yang mencari maklumat di internet dan dapat diberikan jawapan dan pandangan yang tepat dan boleh diterima pakai kepada mereka. Sedikit sebanyak hasil daripada penat lelah selama ini dapat ditarikkan nafas lega sedikit dengan wajah kegembiraan apabila article yang kita buat itu dapat membantu ramai orang.. hehe..

Top Article Bulan Jun 2017
Hari ini saya ingin mendedahkan rahsia blog ini.. haha.. Ini adalah antara top article yang setiap hari akan ada orang search di google yang membantu blog ini terus maintain walaupun saya jarang mengupdate blog ni.. Ia sedikit sebanyak dapat memberi awareness kepada user yang blog ni ada bekalkan info yang berguna kepada mereka..

Ini diantara top post sepanjang masa ..
  1. Surau klcc
  2. Biskut semperit tradisional
  3. Kereta api sabah
  4. Kedai Bakeri kuala lumpur
  5. Asb Pelajar
Ini antara top article di blog ini untuk sepanjang masa.. ada juga yang lain diantaranya adalah
  1. Tempat Percutian Di Langkawi
  2. Berbaloi ke kasut skechers
  3. Kopi Cap Tupai
Macam saya beritahu tadi, kita buat article yang berinfo ini amat berbaloi, sedikit sebanyak dapat memberi info tambahan kepada mereka yang sedang mencari info yang berkeenaan tu.. Ada aura lain macam sikit bila kita dapat tengok unique visitor dari keyword ke article kita buat tu dapat menarik perhatian user tu.. hehe.. Ini dapat menaikkan lagi rank blog ni juga.. 

Selamat berblog yer rakan-rakan sekalian.. selamat beraya..



Read More

Rabu, 28 Jun 2017

Nescafe Smoovlatte kini RM1.90

11 comments

Nescafe Smoovlatte
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar anda semua ? Sihat ke? Lama betul tidak update blog ni.. 😁 

Sejak internet tiada ni makin jarang pula mengupdate blog ni.. hehe.. Ingat nak guna unifi pula dirumah tu tapi contract 2 tahun tu yang menyampah jadinya.. Lama betul contractnye tu, takde ke contract yang setahun.. hurmm sekarang ni guna hotspot dari hp je senang tapi tu la line celcom ni pun kadang2 pandai juga dia hilang.. haha.. Korang guna line internet apa tu ya? 

Okay bebalik semula kepada air botol nescafe smoovlatte ni, tadi masa tengah kerja ni mata ni memang mengantuk betul maklumlah sunyi sepi je di pejabat ni orang lain semua tengah bercuti lagi tu. So apa lagi kita pun turun ler 7-eleven untuk mencari air. 

Masa tengah mencari air tu terjumpa pula air Nescafe ni pada harga RM1.90 je sehingga 24 Julai 2017 kot kalau tak silap nanti korang tengok ler dekat 7-e tu semula.. 

Rasa kopi ni memang kaw punya elok2 tadi pagi sempat melayan mata ni mengantuk sekali pekena minum hamik teruih hilang mengantuk.. hilang dah feeling nak nap waktu rehat ni.. hahaha.. Pada saya kopi ni lagi sedap dari yang dalam air tin nescafe tu sebab yang dalam botol ni tak berapa nak manis sangat ia more kepada rasa kopi gitu. Memang kena la dengan taste saya ni.

Kepada mereka yang belum mencuba air nescafe ni bagus pergi cuba sekarang memang sedap.. Sekarang ni tengah promosi di 7-eleven hanya RM1.90.. Nanti dah habis jangan kempunan pula nak merasa ye.. hehe.. 

Selamat Hari Raya semua.. :) 










Read More

Jumaat, 23 Jun 2017

Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas

4 comments

Pos Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat hari raya diucapkan kepada umat muslimin dan muslimat yang bakal menyambut hari raya aidilfitri pada tahun 2017 ini. Ketika nak musim perayaan ini mesti ada dikalangan kita yang menggunakan perkhidmatan poslaju untuk membeli barang di online mahupun menghantar barang kepada orang yang tersayang yang berada diperantauan gitu. 

Sememangnya seperti yang kita maklum bila musim perayaan je mesti barang yang dipos menggunakan kaurier poslaju ini akan mengalami sedikit kelewatan tapi apa yang mengejutkan saya pada tahun ini fuh tak sampai 24 jam dah sampai didepan pintu rumah. Memang terlaju kali ini. Untuk hari biasa pun takde pulak macam ini. 

12 Jun 2017

19 Jun 2017
Okay boleh lihat kedua-dua gambar diatas ini, kedua-dua barang ini di hantar dari bintulu, sarawak ke ampang, selangor. Tidak sampai 24 jam barang dah sampai di rumah. Memang terpantas. Untuk minggu akhir bulan ramadhan, pekerja poslaju sanggup untuk deliver parcel selepas waktu pejabat... wow.. saya pun terkejut barang sampai pukul 7 malam pada 20 jun 2017. Waktu dah nak berbuka puasa lagi tu.. Terima kasih buat kesemua warga kerja poslaju ya yang sudi kerja lebih masa untuk memastikan parcel-parcel pelanggan mereka dapat sampai dengan selamat dan cepat untuk digunapakai pada musim perayaan ini.. 
Untuk mereka yang ingin check tracking poslaju boleh guna aplikasi Pos Malaysia Mobile 
Tetapi untuk sekarang ini anda sudah boleh check tracking anda di laman web pos.com.my  perkhidmatan untuk check tracking number telah available semula di laman rasmi POS Malaysia.  

Akhir kata, poslaju Malaysia, poslaju cawangan bintulu serta poslaju cawangan cheras telah melakukan tugas mereka yang terbaik untuk musim perayaan kali ini untuk memastikan barang yang diterima dapat di delivery dengan pantas. Hope mereka2 ini yang terlibat dapat diberi bonus untuk tahun ini semoga integriti pekerja-pekerja di poslaju ini terus meningkat dan bertambah baik dari hari ke hari. Aminn.. 

Buat mereka yang rasa perkhidmatan poslaju ini tidak berapa nak puaskan hati anda, apa kata anda menggunakan perkhidamatan DHL ataupun kaurirer lain tapi agak mahal price dia dari poslaju.. Tepuk dada tanya selera & tanya duit dalam poket... Dibulan puasa ini jangan marah-marah ya.
Selamat hari raya.. Saya memohon maaf salah silap sepanjang telah ceburi bidang blog ini since 2011 sehingga sekarang ini.




Read More

Ahad, 28 Mei 2017

Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok

4 comments

Burung Little Heron
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Anda Apa khabar, sihat? Hari ini saya ingin berceritakan sedikit mengenai burung little heron atau dikenali nama tempatanya sebagai burung puchong keladi manakala nama saintifiknya adalah Butorides striata yang telah berminat untuk membuat sarang  di atas pokok belakang rumah saya.. 

Setelah dua hari untuk ketahui nama burung ini secara tepat, alhamdulillah atas bantuan rakan dan pensyarah membantu mengecam nama burung ini akhirnya hari ini baru la saya tahu nama ia adalah little heron atau dikenali sebagai burung puchong. Terima kasih atas bantuan anda untuk pengecaman burung ini. 

Burung Little Heron ini warna biru terletak diatas pokok petai belalang di belakang rumah saya.. Nak jadi rezeki saya pada hari kejadian, masa tu tengah duk angkat la baju tengah jemur dekat beranda belakang rumah tu, lepas tu ternampak pula ada sangkar (nest) burung. Bila lihat ada telur berwarna biru dan bila duk tengok betul-betul eh ada burung warna biru la.. Fuh serius memang cantik bila dapat tengok depan mata.

Ketika ini burung little heron ini tengah membina sangkar (nest) untuk mengeram telur itu.. Ketika melihat cara burung ini membina sarangnya itu memang mengagumkan, kerana hanya menggunakan paruhnya sahaja ia boleh membina sebuah sangkar yang begitu agak besar. Memula tu kan, ia mencari ranting-ranting kecil di pokok berhampiran untuk diambil, lepas tu dia bawa ke sangkarnya dan memulakan anyam (betul la tu istilah ni kot) begitu la prosesnya sehingga ia rasa sangkat tu dah okay.. Boleh tengok video dibawah ini ada saya sempat rakamkan sehingga ia siap membina sangkarnya itu. 

Gambar-gambar ini diambil bukan menggunakan camera DSLR ye.. Hanya guna camera compact canon biasa je.. Tapi gambar yang diambil ni memang cantik.. Kamera pun tahun bila tah dah lama masih guna bateri AA lagi.. 😅 
ni cameranya tu
 Okay jom kita tengok antara gambar dan video burung ini ya.. 

Burung Little Heron Warna Biru

Burung Puchong Keladi







Read More

Rabu, 24 Mei 2017

HereWeGo Maps Pilihan Berada Luar Negara

7 comments

HereWeGo Maps Pilihan Berada Luar Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Pernah mengalami pergi outstation atau melancong ke luar negara tapi tak tahu nak jejalan disana? 
Nak guna navigation di handphone kena guna internert pula lepastu internet pula tak de internet roaming pula.. Nak beli simkad ketika disana memang mahal, takkan semata-mata nak beli simkad untuk membolehkan anda guna navigation tu je.. hurmm.. Memang ia akan menjadi mimpi ngeri.. Hari ini saya ingin menyelesaikan masalah yang sering terjadi kepada anda tu. 

Dengan menggunakan applikasi Here WeGo Maps  masalah anda itu akan dapat diatasi.. Kenapa? 

Here WeGo ini dapat berfungsi dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah untuk membuat navigation ke destinasi yang anda ingin tuju itu didalam keadaan tanpa INTERNET DATA. Saya sendiri telah menggunakan application ini semenjak guna windows phone lagi sehingga la sekarang menggunakan android phone. 

Bagaimana nak guna Here WeGo ni? 

Anda boleh download aplikasi ini di play store, apple store, store... 

Menu

 Lepas dah install application ini, di bahagian kiri atas ada line tiga tu kan.. Click situ nanti paparan seperti gambar diatas ini akan muncul.. 

Apa yang perlu anda lakukan adalah tekan download maps untuk mendownloads negara atau negeri yang bakal anda lawati tu.. 

Offline Map

Bila dah siap download tu ia akan kua paparan seperti diatas ini...

So lepas ini bila ke luar negara tu off je internet data tu dan anda boleh dah guna navigation ini without using internet data..

Apa yang bestnye kan walaupun saiz file maps untuk setiap negara itu tidak la besarkan tapi ia mempunyai maklumat yang lengkap taw.. 

Cuma sebelum anda pergi ke negara tersebut, anda perlu pastikan catat nama jalan atau nama tempat itu dengan betul di kertas or list anda. Ini sebab kalau dah offkan internet data tu macam mana ia nak beri suggestion place kan kalau korang taip tu salah. So bila guna offline ini nama tempat / nama jalan atau banggunan itu perlulah betul untuk memboleh kan navigation secara offline dapat dijalankan.

Yang bagusnya lagi di apllication ini ada memberi warning ye kalau anda lebih speedlimit yang ditetapkan dikawasan tersebut.. Walaupun ia offline tapi ia masih boleh track lagi kelajuan anda bawa kenderaan tu.. So sila patuhi had laju kang kena saman jangan marah ye.. 

Sememangnya HereWeGo Maps Pilihan Berada Luar Negara untuk saya ketika melancong ia dapat digunapakai walaupun tiada internet.. 

Semoga article ini dapat membantu anda semuanya...
 

Read More

Sabtu, 13 Mei 2017

Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul

19 comments

Pulau Langkawi
Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang berada di Kedah, ia merupakan sebuah pusat peranginan untuk semua rakyat Malaysia. Hebatkan? Memang dari kecil sehingga la ke besar ini saya pergi ke sana bersama family untuk bercuti dan merehatkan minda yang penat dengan kesibukkan keadaan dibandar. Memang kiranya pulau langkawi ni boleh dijadikan port percutian untuk family, pasangan baru berkahwin, geng-geng kawan sekolah, dan percutian untuk syarikat korporat. Selain itu, di Pulau langkawi juga terdapat tempat bebas cukai yang sesuai untuk menjadi pusat membeli-belah bagi kaum ibu yang memunyai minat untuk membeli pinggan dan mangkuk dan yang penting sekali adalah coklat!!  Orang Malaysia yang tak pernah pergi boleh dikatakan rugilah mereka kerana Langkawi ini sinonim dengan perkataan percutian.
Bila dah sampai Langkawi ini memang agak rugi la kan untuk kita tidak menaiki cable car yang terdapat di langkawi ni, bila dah atas top view tu fuh memang cantik pemandanganya itu.. Buat mereka yang gayat tu masa naik cable car tu minta rakan sebelah korang tu rekod video muka anda yang gayat tu nanti bila tengok semula memang kelakar.. :D :D Nak tengok view cable car dan pemandang di atas ni? Rugi taw kalo dah sampai langkawi island ni tapi tak naik cable car ni, memang beratur panjang punya nak tunggu turn beli tiket dan naik cable car tu tapi berbaloi bila dah tengok view ni kan..

Cable Car Langkawi Island
Pit Stop Kabel Car Langkawi
View From Top Cable Car
Okay dari tadi menceritakan tempat yang cantik dan menarik je di Langkawi ini kan, tapi macam mana pula dengan tempat penginapan?  

Pada zaman yang serba canggih dan moden kini, ada banyak hotel yang ada di pulau tersebut. Mengikut kiraan saya sahaja mungkin dah cecah 200 lebih hotel. Jadi bagaimana dengan duit kita yang ada, kita taknak buat kesilapan dengan memilih tempat yang tak best. Kat sini saya nak sharekan salah satu cara yang mudah dan menjimatkan masa untuk kita cari hotel, iaitu Traveloka. Apa itu Traveloka? Dengan Traveloka kita boleh book cheap Langkawi hotel on Traveloka, so that percutian kita akan jadi lebih bermakna.    

Kat mana Traveloka tu ya? Tanya seorang kawan kepada saya, hehe bermonolog la pula, eh betul ke monolog? Hehe. Buka Web explorer korang dan visit website Traveloka . Di sini ada pelbagai jenis hotel yang ada di Langkawi dari berbintang dua ke sepuluh. Eh silap pula, berbintang lima. Kita juga boleh memilih dari harga yang paling mahal kepada harga yang paling murah serta boleh pilih bilik-bilik yang ada. Setiap hotel ini mempunyai reviews yang boleh membantu korang untuk pilih yang mana satu, supaya nanti takdelah korang macam menyesal bila menginap di hotel yang tak best. Tapi kalau di situ dah ada reviews negative tapi korang book dan duduk juga jangan salahkan daku kerana sudahku berpesan. Kan dah keluar ayat novel. Hehe 

Di web ini, korang perlu taip kan tarikh yang korang nak pergi nanti, berapa hari nak menginap dan sistem dia akan listkan hotel-hotel yang ada. So kalau dah ada yang menarik hati korang tu book sahaja terus kerana risau esok dah full pula. Nanti kempunan nak pegi naik banana boat. Haha. Hanya bermodalkan smartphone dan data korang dah boleh membuat booking selain dari modal deposit. Jangan ingat free je ya, bukan apa nanti korang book, tapi cancel last minit kesian pihak hotel itu nanti sebab dah blok bilik mereka. So win-win situation la ya.

Korang boleh memilih jenis hotel yang mempunyai servis yang lebih detail seperti hotel yang mempunyai wifi, kolam renang dan yang berada di pekan Kuah atau pantai Chenang. Detail kan? Jangan tersilap book lak nanti. Traveloka ini juga mempunyai apps untuk smartphone jadi memang memudahkan korang kot-kot busy dengan kehidupan seharian yang bermakna ini. Korang juga perlu sentiasa ke website atau apps Traveloka ini untuk melihat promosi-promosi atau kupon terkini yang ada kot-kotlah korang dapat diskaun dan boleh belanja seluruh kampung untuk pergi bercuti. Membuat orang lain happy kan elok. Jangan berhutang sebab nak belanja orang sudah nanti duk makan megi hari-hari je nanti.

Dalam beratus-ratus hotel ini nanti korang takdelah bosan jika setiap kali pergi ke Langkawi, asyik hotel sama sahaja. Boleh tukar-tukar nanti untuk dapat experience yang berbeza. Tapi dengan syarat, layarilah Traveloka sentiasa, baca reviews atau tulis reviews, dan ada juga info-info yang berguna di websitenya untuk setiap hotel dengan apa aktiviti yang boleh dilakukan. DIjamin harganya sangat berpatutan, murah dan korang boleh bandingkan harga. So no worries kot-kot nanti korang book hotel tapi ada hotel sebelahnya lagi murah, aku nasihatkan korang research betul-betul di website Traveloka itu. Kita semua kan berpelajaran kalau dah ada smartfon so gunakanlah kebijaksanaan korang dengan melayari www.traveloka.com untuk Review, booking hotel-hotel yang ada di Langkawi. Percutian lebih bermakna dengan perancangan yang terbaik. Senangkan nak guna traveloka ni.. :)

River Cruise Langkawi Island
Sebelum akhiri post kali ini, saya nak sharekan satu lagi tempat menarik yang mesti korang pergi taw, iaitu naik river cruise langkawi.. Masa tu boleh pergi melawat gua kelawar tapi yang paling penting sekali boleh tengok burung helang live taw.. Memang rugi la kalau datang langkawi tak pergi tengok burung helang yang dah jadi sinonim dengan langkawi ini..

Burung Helang Live
Nampak tak tu burung helang.. Kena bawa dlsr baru boleh zooom dekat sikit di helang tu.. :D :D
Pemandangan Semasa River Cruise

NI antara view semasa river cruise di langkawi, memang cantik pemandangan masa kita tengah river cruise ni.. Kita akan nampak banyak pulau-pulau kecil.. Memang cantik view ni.. Masa naik river cruise tu sila la bawa topi dan air minum yang mencukupi yer.. Takot dahaga je nanti.. hehe.. Okay la setakat ini sahaja la post kali ini, insyallah ada masa lagi saya akan update lagi blog ni ya.. Semoga info dan tips yang ada di post kali ini dapat membantu anda merancang perjalanan / percutiaan ke Pulau Langkawi... selamat bercuti ye..  Sememangnya Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul untuk kita pergi bercuti banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada disini..

Read More