Januari 2017 Januari 2017 - The New Minded Januari 2017 Januari 2017

Isnin, 30 Januari 2017

Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC

18 comments

Cendol Durian
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai cendol durian di little penang kafe di suria klcc. Ia terletak didalam banggunan Suria KLCC tingkat 4.

Cendol duria yang ada di little penang ni merupakan antara yang tersedap dan kena dengan selera saya, bila sekali dah makan memang akan teringat-ingat nak makan lagi.. Serius.. 

Apa yang menariknya cendol durian ni? 

Yang paling Menarik sekali mestilah rasa durian dia yang kaw.. So far setakat saya makan disana, rasa cendol dia tetap sama masih lagi sedap dan memang terbaik.. Isi durian yang diletak pun memang cukup dan sesuai dengan portion mangkuk tu so memang puas hati..

Nak tahu kesedapan rasa cendol durian ni kena la datang di little penang kafe, klcc ni.. Harga satu mangkuk cendol durian RM9.90 kalo tak silap saya.. Dengan harga yang ditawarkan tu, rasa cendol ni memang sedap dan puas hati..

nasi
Selain daripada cendol durian, di situ juga turut menyediakan masakan lain seperti nasi diatas ni dan juga menu lain.. 

Nasi ni saya lupa nama dia apa, tapi sambal tumis ikan bilis tu sedap saya sarankan anda pilih sambal ikan bilis ni, ia tak pedas sangat memang sesuai untuk dimakan semua peringkat umur. Lagi satu ayam goreng dia tu bila orang order baru digoreng jadi ia akan take time sedikit untuk anda terima menu ni sebab nak tunggu ayam tu siap goreng, bila sampai tu rasa ayam dia masih panas2 baru keluar kuali tu fuh memang layan sambal pekena dengan sambal ikan bilis tu..


Akhir sekali, makanan ni antara yang saya suka makan dekat sini rasa kuah cili nye tu memang sesuai dengan inti dalam popia tu.. Ala nama menu ni pun saya lupa.. Takpe nanti anda nak makan dalam menu list tu dia letak gambar jadi tengok je gambar ni ada dalam senarai menu tu, senang nak buat pilihan.

Jika anda nak makan disini jangan waktu kemuncak sebab memang akan berbaris dihadapan kedai sebab kedai ni sentiasa penuh.. Kena bersabar sedikit biasanya tak lama pun anda perlu beratur tu tapi bila dah dapat makan disini anda akan lupa penat sedikit beratur tunggu turn nak masuk dan menikmati masakan di little penang kafe ni. 😉

Untuk mereka yang berada di kawasan ampang dan kuala lumpur jangan lupa untuk sama-sama kita singgah nak menikmati cendol durian di Little Penang Kafe, KLCC ye...




Read More

Selasa, 24 Januari 2017

Paparan Secure & Non Secure di Google Chrome

6 comments

secure https
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Ini merupakan post yang pertama untuk tahun 2017.. Maaf ye kepada mereka yang selalu singgah baca article disini sebab saya jarang update blog selama beberapa minggu ni.. 

Alhamdulillah, saya telah selamat pulang ke kl dan tesis pun dah siap disubmit semuanya berjalan dengan lancar. 

Okay, hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai paparan terbaru di google chrome yang telah memaparkan perkataan secure dan non secure untuk website yang mempunyai https.. Actually saya dah perasan benda dua minggu lepas tapi tak sempat nak update sebab terlalu busy dengan tugasan yang ada. Hari ini saya ada sedikit masa terluang so boleh la update blog sedikit.. 

Seperti dalam article bulan November 2016 yang saya maklumkan update google chrome yang terbaru pada Januari 2017 akan memaparkan perkataan secure dan non secure terhadap website yang mempunyai https.. 
Setakat ni yang saya nampak ia terjadi pada pengguna https yang mempunyai mix content ia akan mengalami paparan non secure manakala untuk yang pengguna http ia tidak paparkan apa-apa secure or non secure tapi ia memaparkan simbol i .

Di bawah ini saya akan tunjukkan bagaimana https yang mempunyai mix content. 

mix content
Bagaimana anda nak tahu https anda mempunyai mix content? 

Nak tahu senang sahaja, https anda tidak green lock dan tidak mempunyai paparan secure. Lepas tu ada simbol shield di hujung url bar tu rujuk gambar diatas dalam box merah. 

load unsafe script
Apabila anda klik pada shield tersebut ia akan paparkan "load unsafe script". Ok disini mungkin template ini mempunyai mixed content dimana coding file xml nye tidak diubah suai untuk diguna pakai dalam https.

Not Secure
Apa jadi lepas klik load unsafe script? 

Bila dah klik tu paparan not secure akan muncul seperti gambar diatas ini... 

Version chrome yang saya guna sekarang ini adalah version 55.0.2883.87 m

Oleh itu, kalau anda pengguna https sila pastikan blog anda fully intergrated dengan https kalau tak ia akan jadi begini iaitu not secure disebabkan oleh mixed content. 

Okay setakat ini sahaja entry kali ni, next entry saya akan buat review cendol durian yang memukat hati terbaik.. Tunggu next post yer.. 











Read More