Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC - The New Minded Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC

Isnin, 30 Januari 2017

Review Cendol Durian di Little Penang Kafe, KLCC

18 comments

Cendol Durian
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai cendol durian di little penang kafe di suria klcc. Ia terletak didalam banggunan Suria KLCC tingkat 4.

Cendol duria yang ada di little penang ni merupakan antara yang tersedap dan kena dengan selera saya, bila sekali dah makan memang akan teringat-ingat nak makan lagi.. Serius.. 

Apa yang menariknya cendol durian ni? 

Yang paling Menarik sekali mestilah rasa durian dia yang kaw.. So far setakat saya makan disana, rasa cendol dia tetap sama masih lagi sedap dan memang terbaik.. Isi durian yang diletak pun memang cukup dan sesuai dengan portion mangkuk tu so memang puas hati..

Nak tahu kesedapan rasa cendol durian ni kena la datang di little penang kafe, klcc ni.. Harga satu mangkuk cendol durian RM9.90 kalo tak silap saya.. Dengan harga yang ditawarkan tu, rasa cendol ni memang sedap dan puas hati..

nasi
Selain daripada cendol durian, di situ juga turut menyediakan masakan lain seperti nasi diatas ni dan juga menu lain.. 

Nasi ni saya lupa nama dia apa, tapi sambal tumis ikan bilis tu sedap saya sarankan anda pilih sambal ikan bilis ni, ia tak pedas sangat memang sesuai untuk dimakan semua peringkat umur. Lagi satu ayam goreng dia tu bila orang order baru digoreng jadi ia akan take time sedikit untuk anda terima menu ni sebab nak tunggu ayam tu siap goreng, bila sampai tu rasa ayam dia masih panas2 baru keluar kuali tu fuh memang layan sambal pekena dengan sambal ikan bilis tu..


Akhir sekali, makanan ni antara yang saya suka makan dekat sini rasa kuah cili nye tu memang sesuai dengan inti dalam popia tu.. Ala nama menu ni pun saya lupa.. Takpe nanti anda nak makan dalam menu list tu dia letak gambar jadi tengok je gambar ni ada dalam senarai menu tu, senang nak buat pilihan.

Jika anda nak makan disini jangan waktu kemuncak sebab memang akan berbaris dihadapan kedai sebab kedai ni sentiasa penuh.. Kena bersabar sedikit biasanya tak lama pun anda perlu beratur tu tapi bila dah dapat makan disini anda akan lupa penat sedikit beratur tunggu turn nak masuk dan menikmati masakan di little penang kafe ni. 😉

Untuk mereka yang berada di kawasan ampang dan kuala lumpur jangan lupa untuk sama-sama kita singgah nak menikmati cendol durian di Little Penang Kafe, KLCC ye...




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

18 ulasan :

  1. Memang enjoy makan kat little penang cafe...:))) sedapnya lama dah x pekena cendol durian puas hati nampak hidangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada masa wani kena singgah sana pekena cendol durian tu.. 😉

      Padam
  2. selalu pergi klcc,jarang lepak kat cafe penang ni,lepas baca entry esok juga rasanya nak pergi menikmati cendol durian tu,saya sampai ke melaka hari tu cari cendol durian tapi tak berjumpa..huhu.terima kasih atas perkongsian ni hasif....klcc is my place always lepaks2 after working..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama irda.. Nanti dh rasa cendol durian tu boleh la update dkt blog ye... Hehe.. 😊

      Padam
  3. Assalamualaikum Hasif,

    Sis pernah makan di Little Penang Cafe cawangan The Curve tapi tak order cendol durian.. Lepas baca post ni teringin rasa, may be next visit.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam..

      Ooo dekat the curve pun ada cawangan dia ye.. Nanti sis try yg dekat cawangan the curve punya cendol durian nnti leh update di blog... 😂

      Padam
  4. Amboi sedapnya.. terpikat betul tengok. okay harga boleh tahan, okay lagi tu. ayam panas2, mmg jarang dpt. hehe. Ni yang rasa macam nak cuba ni. Asep belanja kita :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap nad.. Kena cuba rasa cendol tu... 😂

      Padam
  5. Hurm... nanti kalau Mrs. A pi KLCC boleh cuba cendol durian ni.

    Cendol lain-lain flavor ada tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat menu tu ada satu je perisa durian.. Boleh kot tanya nanti bila mrs A pegi sana nnti..

      Padam
  6. Balasan
    1. kalo terliur kena pergi rasa cendol durian tu.. hehe

      Padam
  7. adui sedapnya. tak pernah sampai lagi cafe ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo ain ada masa nnti boleh singgah ke cafe tu, dan nikmati cendol durian tu..

      Padam
  8. okay.. terliur.. kang ade gak yang sampai ke KLCC nih kan.. haa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena pegi klcc atie kalo nk rasa cendol ni.. :D

      Padam
  9. Rugi tak singgah masa pi Klcc baru2 ni, alaa, tak tahu pula ada cendol durian murah. Kawan beli kat shah alam semangkok RM24, mengcekik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya sangkakan cendol ni yg dah mahal rupanya ada lagi mahal.. =,=" Next time singgah klcc kena rasa cendol ni mai.. :)

      Padam