Februari 2017 Februari 2017 - The New Minded Februari 2017 Februari 2017

Sabtu, 25 Februari 2017

Review Hypergear Sling Pac Machin Bag

8 comments

Sling Pac Machin
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar semua? Lama betul saya tidak update blog ni kan.. Agak sibuk sedikit sekarang ni.. Sekarang ni macam seminggu sekali je post akan dipublish.. Idea nak keluarkan ni banyak sangat tapi tu la kekangan masa.. Insyallah saya akan cuba juga update yer.. Jangan makin lari dah la reader-reader saya tu... 😂😂

Okay hari ini saya nak review sedikit mengenai sling pac machin bag by hypergear ni.. Actually baru je beli beg ni kebetulan sekarang ni memang all the time ride motor on the road tambah lagi sekarang ni musim hujan so tiba-tiba masa jejalan tadi termasuk pula store hypergear di klcc ni.. 

Bag ni ada beberapa warna antaranya kuning, hijau, biru dan hitam.. Yang warna hijau tu serius lawa ooo.. tapi sayangnya stok habis.. ni la masalahnya bila barang lawa stok abis yang tinggal cuma display set.. kalau display set tu dapat diberi 50% off dari harga asal memang confirm la amik tapi malangnya tidak ada.. hurmm.. kedekut juga dah la tinggal display set jer.... 

Memandangkan warna hijau tu stok habis, jadi terfikirla untuk ambil warna kuning sebab saya ni ride awal pagi waktu gelap2 tu biar pakai beg warna kuning biar sebatu lagi orang dah nampak kehadiran diri ni.. hahaha... biasala waktu pagi2 ni jalan raya sibuknnya fuh.. tu tak kena lagi kalau driver yang dah lambat g keje lagi la...  Pas ni pakai warna kuning harap2 nampak la biji mata tu kehadiran ni.. 


Gadget Pouch Poche

Yang menariknya beg kuning tu dia ada cop tulis motoride "born to ride"... :D :D tu yang menarik perhatiannya.. katanya beg ni model baru.. 

Tadi terbeli juga pouch beg agak besar juga pouch beg ni boleh muat satu botol 500ml, hp, beg duit, kunci dll.. 

ruang dalam beg sling pac machin
Ruang dalam beg ni agak besar.. Seperti dalam gambar diatas ia boleh memuatkan laptop size 14.1 inch, buku size A5, charger, mouse, bekal, A4 folder file dan botol air 500ml.. Di dalam tu juga ada disediakan tiga ruang compartment net tuk letak apa2 je; letak kunci ke, sticky note, dll... Di bahagian depan beg ada satu zip dalam tu agak besar ia boleh memuatkan wallet, handphone & dll.. 

Harga beg sling pac machin ini RM240.00 yang pouch bag tu RM120.00

ok jadi model jap...
Okay jadi model kejap.. haha.. macam ni beg ni bila di pakai saya pakai beg letak dibelakang sebab senang nak bawa motor.. tali ia boleh dipanjangkan lagi.. Sekarang ni hypergear tengah ada offer tu boleh la pergi singgah tengok2 mana tahu ada berkenan..Sebelum terlupa katanya ada waranty 1 tahun.. Kena register di laman web dorang http://www.hyper-gear.com/register pastikan resit tu simpan yer.. hehe.. kalo boleh tag beg tu simpan sekali :D :D


Okay jumpa lagi next article yer.. Nak berblogwalking pula.. hehe..






Read More

Ahad, 12 Februari 2017

Review Internet Celcom First Platinum

10 comments

Speed Test
Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Apa khabar anda semua? Sihat ke? Tempoh hari saya ada buat satu tutorial bagaimana untuk membuat bloglist menggunakan google spreadsheet, bagaimana dah berjaya ke buat tu?

Hari ini pula saya ingin membuat sedikit review mengenai kelajuan internet celcom daripada plan first platinum. Semalam saya telah terminate broadband maxis sebabnya data yang diberikan tidak mencukupi bila guna je tak sampai seminggu dah habis qouta, macam air terjun qouata dia berjalan. Terus terminate semalam, apabila tanya jika upgrade baru bagaimana?? still kena ada juga contrak 24 bulan.. hahaha.. terima kasih la memang tak la nak lagi sekali selama 2 tahun.. patotnya depa kena la jaga customer kan takyah la nak ada kontrak bagai untuk existing customer mereka.. apa2 pun selamat tinggal maxis..

Terminate maxis broadband pun disebabkan plan celcom first platinum ni menyediakan qouta 60Gb sebulan. dan unlimited call.. fuh banyak kan.. Jadi sekarang dirumah menggunakan internet ni la, buat je hotspot dari hp tu bila nak guna, sebab bukan 24/7 pun kita gunakan internet ni kan dekat laptop jadi ia sesuai la untuk kegunaan saya dirumah ni. 

Nak tunggu provider time masuk ke kawasan sini entah bila dorang nak masuk, harap2 secepat mungkin ler sebab setakat ni plan yang time sediakan agak menarik dan price yang reasonable agak murah serius.. Sebab bila terikat dengan kontrak 2 tahun ni, lama sangat oooo 2 tahun tu dalam masa 2 tahun teknologi akan berkembang dan terus berkembang jadi jika anda amik kelajuan 1Mbps waktu sekarang lagi 2 tahun mungkin kelajuan itu tidak bersesuaian. So kita mesti pilih kelajuan yang agak tinggi sedikit, hurmm Ni saya katakan 2 tahun kontrak tu agak lama dengan perkembangan teknologi sekarang. So, setakat ni harap maaf mana2 provider berikan kontrak 2 tahun dengan harga yang agak mahal internet speed tidak bagus memang saya tidak akan berminat. Bagus saya guna mobile internet lagi laju dari servis mereka sediakan tu.

Fuh, jauh pula saya melalut hari ini, okay sekarang saya ceritakan plan first platinum ini

First Platinum
Untuk first platinum akan dapat 30Gb internet untuk sebulan pada hari Isnin - Jumaat, manakala 30Gb untuk sabtu dan ahad so setiap minggu akan diberi kepada 7.5Gb. Unlimited Call dan Unlimited iflix. Sebulan RM150.

Kelebihan ia, adalah portable boleh bawa kemana-mana sahaja.. Kalo guna modem duk terperap je dekat rumah tu pastu harga agak mahal.. Ya la pagi-petang pergi keje malam ada pun kejap je onlinenye, sabtu ahad spent time masa dengan family bila la masa agaknya nak gunakan internet 50Mbps yang kita subcribe beserta kontrak 2 tahun tu? So memang tidak sesuai dengan keadaan saya ni. 

Kelajuan internet first platinum memang memuaskan hati saya, average speed download guna browser download 800kb/s, internet download manager 900kb/s ini ditest masa peak hours, Ha okay la kan almost 1Mbps download speed waktu peak hours. Test dengan menggunakan portable hotspot Samsung Note 3. Buffering video memang smooth takde stuck2 guna full hd. 

Sekarang ni, perlu amik dan guna plan yang tidak menyediakan contrak sebab anda sebagai pengguna kenapa perlu terikat dengan kontrak? Jika plan provider tu tak best boleh terminate anytime dan guna provider lain sebab itu hak anda nak guna servis mana-mana yang anda suka, tapi bila ada kontrak?
Susahkan.. So bila nak subcribe satu plan tu bagus fikir dulu contract 2 years tu yer adakah ia betul2 berbaloi or tidak... 







Read More

Khamis, 9 Februari 2017

Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet

9 comments

Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya akan membuat satu tutorial mengenai cara membuat bloglist menggunakan google spreadsheet. Ia cukup mudah untuk dilakukan, saya akan ajar anda buat bloglist ini menggunakan gambar dan juga video. Jika tidak faham boleh terus lihat video bagaimana saya lakukannya.

Langkah Pertama

Google Sheets
Pertama sekali anda perlu login ke google drive dan membuat satu folder yang bernama bloglist. 

Selepas folder tu dah dicreate anda perlu tekan button new > google sheets dan paparan seperti ini akan muncul
Google Sheet
Didalam google sheet ini kita hanya perlu menggunakan 3 ruangan sahaja iaitu bahagian A, B dan C.

Langkah Kedua

url blog
Pertama sekali anda perlu memasukkan url blog feed dahulu. Untuk pengguna blogspot url feed ia adalah begini

http://urlblog/feeds/posts/default

Langkah Ketiga
Importfeed
Langkah ketiga ini adalah untuk ruangan pada bahagian A. Di ruangan ini ia akan paparkan tajuk entry pada blog tersebut. Code yang perlu anda tulis adalah

=importfeed(urlblog(langkah2), "items title", false, 2)
Bilangan 2 itu adalah jumlah bilangan post entry yang anda ingin paparkan. url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Keempat

url blog post entry
Langkah keempat ini adalah untuk ruangan B, ia akan paparkan link post entry tersebut. Code yang perlu anda tulis adalah :
=importfeed(urlblog(langkah2), "items url", false, 2)
Bilangan 2 itu adalah jumlah bilangan post entry yang anda ingin paparkan. url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Kelima

Hyperlink
Akhir sekali adalah untuk ruangan C.. Ia untuk memaparkan hyperlink bagi bloglist tersebut. Code yang diperlukan adalah
=hyperlink( click ruangan B s , click ruangan A )
Boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Keenam

paparkan nama blog
Langkah ini adalah untuk memaparkan nama blog. Ia boleh diletak pada row atas hyperlink pada bahagian C seperti gambar diatas. Codenye adalah
=importfeed(urlblog(langkah2), "feed title", false, 1)

Url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  


Dah Siap
 Bila dah siap sepatutnya ia akan kelihatan seperti didalam gambar diatas ini. 

Step seterusnya saya akan ajar anda bagaimana untuk publishkan di blog anda.


Bahagian 2

Langkah Pertama

Publish to the web

 Apa yang perlu anda buat adalah tekan file > publish to the web

Pilih embed > entire document > publish

Dan paparan seperti ini akan muncul selepas anda tekan publish

code google sheet
Langkah Kedua

Sekarang ini saya akan ajar anda untuk membuat satu customize code yang diberi anda perlu copy code dibawah ini dan pastekan di ruangan blog page html anda dan replace url spreadsheet anda  dengan url yang disediakan oleh google sheet diatas ini. Boleh rujuk video.

<center>
<iframe height="1000" src="url spreadsheet anda gid=0&amp;range=C1:C20" width="400"></iframe>
</center>

Hasilnya adalah seperti ini.. 

hasilnya

Senang je kan nak buatnya tu.. Jika tak faham anda boleh lihat dahulu video yang saya sediakan ini, saya akan tunjuk step by step cara nak buat nya. Selamat mencuba.. 





Read More

Khamis, 2 Februari 2017

Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur

8 comments

Lempeng Pisang
Lempeng Pisang
Assalamualaiikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah ke anda makan lempeng pisang di kedai ? 

Saya selalunya kalau nak makan lempeng pisang mesti akan masak dirumah, tetapi dua hari lepas semasa saya pergi ke UTC Keramat, Kuala Lumpur terdapat satu gerai ini ia menjual lempeng pisang yang agak sedap dan isi intinya memang mencukupi dan agak banyak.. 

Sementara menunggu urusan siap di utc keramat tempoh hari, saya pun pergi ke food court dibawah ground floor utc tersebut dan melihat makanan apa yang menarik untuk dimakan bagi mengalas perut yang lapar masa tu. Pusing-pusing di ground floor tu terjumpa satu gerai ini ia menjual lempeng pisang dengan harga RM2 sahaja.. 

Gerai Busu Eda
Nama gerai tersebut adalah gerai busu eda ia terletak berdekatan dengan eskelator utc keramat ni, kalau anda turun eskelator dari 1st floor anda perlu belok kiri dan akan nampak gerai ni. 

lempeng pisang + limau suam 

 Saya order lempeng pisang dengan limau suam..

Apa yang menarik lempeng pisang ini?

Seperti gambar pertama diatas anda boleh nampak inti kelapanya yang sekata dari hujung ke hujung lempeng tu dan rasa pisang yang agak banyak dan sesuai dengan saiz lempeng itu.. Senang citer macam makan masakan dirumah memang puas hati.. Dengan harga RM2 satu pinggan pada saya ia cukup berbaloi untuk anda singgah dan makan di gerai ini, ye la kan kalau nak masak lempeng dirumah kena beli pisang satu tangkai pastu kelapa lagi baik makan di kedai je jimat sikit kos nak membeli bahannye tu.. 😄 

Next tempat makanan dimana pula ye.. Tunggu next review pula ye... 




Read More