Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur - The New Minded Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur

Khamis, 2 Februari 2017

Review Lempeng Pisang di UTC, Keramat Kuala Lumpur

8 comments

Lempeng Pisang
Lempeng Pisang
Assalamualaiikum dan Salam Sejahtera... 

Pernah ke anda makan lempeng pisang di kedai ? 

Saya selalunya kalau nak makan lempeng pisang mesti akan masak dirumah, tetapi dua hari lepas semasa saya pergi ke UTC Keramat, Kuala Lumpur terdapat satu gerai ini ia menjual lempeng pisang yang agak sedap dan isi intinya memang mencukupi dan agak banyak.. 

Sementara menunggu urusan siap di utc keramat tempoh hari, saya pun pergi ke food court dibawah ground floor utc tersebut dan melihat makanan apa yang menarik untuk dimakan bagi mengalas perut yang lapar masa tu. Pusing-pusing di ground floor tu terjumpa satu gerai ini ia menjual lempeng pisang dengan harga RM2 sahaja.. 

Gerai Busu Eda
Nama gerai tersebut adalah gerai busu eda ia terletak berdekatan dengan eskelator utc keramat ni, kalau anda turun eskelator dari 1st floor anda perlu belok kiri dan akan nampak gerai ni. 

lempeng pisang + limau suam 

 Saya order lempeng pisang dengan limau suam..

Apa yang menarik lempeng pisang ini?

Seperti gambar pertama diatas anda boleh nampak inti kelapanya yang sekata dari hujung ke hujung lempeng tu dan rasa pisang yang agak banyak dan sesuai dengan saiz lempeng itu.. Senang citer macam makan masakan dirumah memang puas hati.. Dengan harga RM2 satu pinggan pada saya ia cukup berbaloi untuk anda singgah dan makan di gerai ini, ye la kan kalau nak masak lempeng dirumah kena beli pisang satu tangkai pastu kelapa lagi baik makan di kedai je jimat sikit kos nak membeli bahannye tu.. 😄 

Next tempat makanan dimana pula ye.. Tunggu next review pula ye... 




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

8 ulasan :

  1. wahhhh..ini dekat dgn rumah mak irda..xtahu pun kat sini ada jual feveret makanan irda....mesti terjah ni..tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. oooo dah dekat tu kena cuba nnti irda.. sama-sama..

      Padam
  2. Wahh.. memang sedap, banyak pula inti dia. so far okay sangat tu dgn harga rm2 tu

    BalasPadam
  3. Seumur hidup x pernah makan dan tak pernah buat huu sadis betolll ..kurang suka sebenarnya pisang hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lorgh ye ke.. Kena cuba ni wani sedap...

      Padam
  4. sedap tu lempeng pisang..lempeng kelapa pun sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. lempeng kelapa saya tak pernah cuba lagi.. cmner rasanya tu ye..

      Padam