Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet - The New Minded Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet

Khamis, 9 Februari 2017

Tutorial Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet

9 comments

Cara Membuat Bloglist Menggunakan Google Spreadsheet
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya akan membuat satu tutorial mengenai cara membuat bloglist menggunakan google spreadsheet. Ia cukup mudah untuk dilakukan, saya akan ajar anda buat bloglist ini menggunakan gambar dan juga video. Jika tidak faham boleh terus lihat video bagaimana saya lakukannya.

Langkah Pertama

Google Sheets
Pertama sekali anda perlu login ke google drive dan membuat satu folder yang bernama bloglist. 

Selepas folder tu dah dicreate anda perlu tekan button new > google sheets dan paparan seperti ini akan muncul
Google Sheet
Didalam google sheet ini kita hanya perlu menggunakan 3 ruangan sahaja iaitu bahagian A, B dan C.

Langkah Kedua

url blog
Pertama sekali anda perlu memasukkan url blog feed dahulu. Untuk pengguna blogspot url feed ia adalah begini

http://urlblog/feeds/posts/default

Langkah Ketiga
Importfeed
Langkah ketiga ini adalah untuk ruangan pada bahagian A. Di ruangan ini ia akan paparkan tajuk entry pada blog tersebut. Code yang perlu anda tulis adalah

=importfeed(urlblog(langkah2), "items title", false, 2)
Bilangan 2 itu adalah jumlah bilangan post entry yang anda ingin paparkan. url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Keempat

url blog post entry
Langkah keempat ini adalah untuk ruangan B, ia akan paparkan link post entry tersebut. Code yang perlu anda tulis adalah :
=importfeed(urlblog(langkah2), "items url", false, 2)
Bilangan 2 itu adalah jumlah bilangan post entry yang anda ingin paparkan. url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Kelima

Hyperlink
Akhir sekali adalah untuk ruangan C.. Ia untuk memaparkan hyperlink bagi bloglist tersebut. Code yang diperlukan adalah
=hyperlink( click ruangan B s , click ruangan A )
Boleh rujuk di dalam video.  

Langkah Keenam

paparkan nama blog
Langkah ini adalah untuk memaparkan nama blog. Ia boleh diletak pada row atas hyperlink pada bahagian C seperti gambar diatas. Codenye adalah
=importfeed(urlblog(langkah2), "feed title", false, 1)

Url blog itu seperti anda buat dilangkah kedua ataupun anda click sahaja ruangan yang ada url tersebut lagi senang. boleh rujuk di dalam video.  


Dah Siap
 Bila dah siap sepatutnya ia akan kelihatan seperti didalam gambar diatas ini. 

Step seterusnya saya akan ajar anda bagaimana untuk publishkan di blog anda.


Bahagian 2

Langkah Pertama

Publish to the web

 Apa yang perlu anda buat adalah tekan file > publish to the web

Pilih embed > entire document > publish

Dan paparan seperti ini akan muncul selepas anda tekan publish

code google sheet
Langkah Kedua

Sekarang ini saya akan ajar anda untuk membuat satu customize code yang diberi anda perlu copy code dibawah ini dan pastekan di ruangan blog page html anda dan replace url spreadsheet anda  dengan url yang disediakan oleh google sheet diatas ini. Boleh rujuk video.

<center>
<iframe height="1000" src="url spreadsheet anda gid=0&amp;range=C1:C20" width="400"></iframe>
</center>

Hasilnya adalah seperti ini.. 

hasilnya

Senang je kan nak buatnya tu.. Jika tak faham anda boleh lihat dahulu video yang saya sediakan ini, saya akan tunjuk step by step cara nak buat nya. Selamat mencuba.. 





If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

9 ulasan :

  1. Pada awak senang.. Tp pada sy pula pening hahaahaa mungkin sebab tak faham lg.. 😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas baca dan tgk video tu senang je nak buat reen.. ikut je stepnye tu..

      Padam
  2. Wahhh.. kreatif betul Asep buat kat spreadsheet. Okay menarik tutorialnya. Boleh try ni :)

    BalasPadam
  3. Hahhahaha... Mrs. A pun fening la Hasif :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs.A ikut je step tu copy n paste je akan jadi nye tu nanti.. Kalo xdpt nnti emel dekat sy, sy akan tlg buatkan..

      Padam
  4. Assalamualaikum Hasif,

    Sis pun baru berjinak-jinak dengan Google Drive..
    La ni Hasif ajar camne guna spreadsheet, memang terror..
    In shaa Allah boleh dipraktikkan satu hari nanti..

    Thanks for sharing.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummussalam..
      takde la teror mana un sis lz.. biasa jer..
      insyallah, boleh cuba yer nanti.. :)

      Padam
  5. wah hasiff tere la sifu . banyak ilmu dapat ni.. tq for sharing.. banyak lagi benda nak kena belajar..

    BalasPadam