Jalan-jalan di Singapura part-2 Jalan-jalan di Singapura part-2 - The New Minded Jalan-jalan di Singapura part-2 Jalan-jalan di Singapura part-2

Ahad, 26 Mac 2017

Jalan-jalan di Singapura part-2

1 comment

capati 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Lama tak bersiaran diblog.. Laptop saya ini rosak semula, Baca article sebelum ni Repair Chip Display sesudah setahun ia rosak semula.. Hampir seminggu juga laptop ini berada di kedai sementara nak tunggu part sampai.. Yang rosaknya kali ini adalah cip grafik ati radeon, hmm.. tukar baru je la terus senang nanti kang rosak balik.. harga tukar RM280.

Masa otw ke singapore minggu lepas ada dapat call dari kedai komputer tu katanya dah jumpa problem dilaptop ni selepas 3 ari jugak ler dia mencari apa problemnye sebab tiba-tiba ja screen laptop ini keluar display elok pulak.. haha.. so 3 ari la juga dia mencari puncanya akhirnye jumpa apa yang problem. Masa tu deal le dengan shah untuk order part dengan price chip tu alhamdulillah semua berjalan lancar, so kena tunggu dalam 4 hari lagi untuk barang sampai dan test run in laptop. So far hasil kerja kedai repair laptop ni memang terbaik la.. Siap tambah lagi anti grip yang hilang dekat bawah laptop .. hehehe.. 

Okay, ini nak citer jejalan ke Singapore A day trip juga kali ni tapi kali ni kami bermalam dijohor sebelum ni terus balik ke kl kan. Masa nak pergi ke Singapore pada waktu tu jalan agak jem juga sebab musim cuti sekolah 😀😀 so agak lewat juga kali ni tiba disingapore dalam jam 2 pm gitu baru sampai ke singapore. 

Masjid Angullia
Tiba je di Singapore terus mencari jalan ke Masjid Angullia untuk solat zuhur, seperti biasa menggunakan apps navigation Here WeGo , tapi maps tu kena dowload dulu baru boleh guna tanpa guna internet, insyallah akan tiba ke destinasi dengan betul. 

Masa tengah nak solat tu, ternampak pulak motor yamaha mcm fz150 ni.. fuh smart juga.. disitu ada tulis version 2.0 ..

ni motornya..
Okay lepas je solat disini, terus ke kedai makan untuk lunch dulu.. Kita pergi ke kedai vegeterian nama kedai tu Ananda Bhavan Veg. Restaurant ia terletak dihadapan main entrance mustafa centre.

Apa menu saya makan disini adalah, capathi dengan teh susu.. Capathi memang sedap dan lembut kuah dhal pun sedap. teh susu pun kaw sedap ooo.. tak rugi ler kalo anda try minum teh disini. capathi set ini berharga SGD6.40 ia ada dua keping capathi. 

set chappathi + veg

teh ais dengan teh susu panas
Teh susu panas ia memang sedap dan puas hati.. 

Lepas dah makan jejalan dulu didalam mustafa centre ni.. ada satu yang menarik perhatian saya iaitu air buah ni.. 

air juice
saya sorg je ke yang tak pernah jumpa air uji cha, momo & yuzu ni? anda pernah jumpa ke? fuh harga dia nak beli dekat RM10 sekotak kecik tu.. 😂

restoran victory
Sebelum pulang ke Johor kita dinner dulu di restoran victory ia terletak di hadapan Masjid Sultan. Gambar makanan takde sebab dah lapar dah terus makan je tak menyempat nak amik gambar. Harga makanan disini macam lebih murah sedikit dari zam-zam.  Nasi beriyani pun sedap juga lembut.. Pada saya kalau nak makan nasi beriyani boleh ke victory tapi kalau nak makan murtabak boleh ke restoran zam-zam sebab murtabak di zam-zam agak garing sedikit dan ia kena dengan selera saya. Apa2 pun kedua-dua kedai ini menyediakan makanan yang sedap.. 

Okay itu sahaja post kali ini, insyallah ada masa saya akan update lagi post di blog ini..
Assalamualaikum..









If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

1 ulasan :

  1. seronok dapat jenjalan singapore.. tp kata org belanjanya mahal..

    BalasPadam