Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok - The New Minded Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok

Ahad, 28 Mei 2017

Burung Little Heron Warna Biru Cantik Diatas Pokok

4 comments

Burung Little Heron
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Anda Apa khabar, sihat? Hari ini saya ingin berceritakan sedikit mengenai burung little heron atau dikenali nama tempatanya sebagai burung puchong keladi manakala nama saintifiknya adalah Butorides striata yang telah berminat untuk membuat sarang  di atas pokok belakang rumah saya.. 

Setelah dua hari untuk ketahui nama burung ini secara tepat, alhamdulillah atas bantuan rakan dan pensyarah membantu mengecam nama burung ini akhirnya hari ini baru la saya tahu nama ia adalah little heron atau dikenali sebagai burung puchong. Terima kasih atas bantuan anda untuk pengecaman burung ini. 

Burung Little Heron ini warna biru terletak diatas pokok petai belalang di belakang rumah saya.. Nak jadi rezeki saya pada hari kejadian, masa tu tengah duk angkat la baju tengah jemur dekat beranda belakang rumah tu, lepas tu ternampak pula ada sangkar (nest) burung. Bila lihat ada telur berwarna biru dan bila duk tengok betul-betul eh ada burung warna biru la.. Fuh serius memang cantik bila dapat tengok depan mata.

Ketika ini burung little heron ini tengah membina sangkar (nest) untuk mengeram telur itu.. Ketika melihat cara burung ini membina sarangnya itu memang mengagumkan, kerana hanya menggunakan paruhnya sahaja ia boleh membina sebuah sangkar yang begitu agak besar. Memula tu kan, ia mencari ranting-ranting kecil di pokok berhampiran untuk diambil, lepas tu dia bawa ke sangkarnya dan memulakan anyam (betul la tu istilah ni kot) begitu la prosesnya sehingga ia rasa sangkat tu dah okay.. Boleh tengok video dibawah ini ada saya sempat rakamkan sehingga ia siap membina sangkarnya itu. 

Gambar-gambar ini diambil bukan menggunakan camera DSLR ye.. Hanya guna camera compact canon biasa je.. Tapi gambar yang diambil ni memang cantik.. Kamera pun tahun bila tah dah lama masih guna bateri AA lagi.. 😅 
ni cameranya tu
 Okay jom kita tengok antara gambar dan video burung ini ya.. 

Burung Little Heron Warna Biru

Burung Puchong Keladi







If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

4 ulasan :

  1. Subhanallah.. cantiknya burung ni! Untung siap dapat rekod video...

    BalasPadam
  2. Untung Hasif dapat tengok burung tu live.
    Telor dia pun color biru kan patutlah dia pun color biru.

    BalasPadam