Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul - The New Minded Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul

Sabtu, 13 Mei 2017

Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul

19 comments

Pulau Langkawi
Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau yang berada di Kedah, ia merupakan sebuah pusat peranginan untuk semua rakyat Malaysia. Hebatkan? Memang dari kecil sehingga la ke besar ini saya pergi ke sana bersama family untuk bercuti dan merehatkan minda yang penat dengan kesibukkan keadaan dibandar. Memang kiranya pulau langkawi ni boleh dijadikan port percutian untuk family, pasangan baru berkahwin, geng-geng kawan sekolah, dan percutian untuk syarikat korporat. Selain itu, di Pulau langkawi juga terdapat tempat bebas cukai yang sesuai untuk menjadi pusat membeli-belah bagi kaum ibu yang memunyai minat untuk membeli pinggan dan mangkuk dan yang penting sekali adalah coklat!!  Orang Malaysia yang tak pernah pergi boleh dikatakan rugilah mereka kerana Langkawi ini sinonim dengan perkataan percutian.
Bila dah sampai Langkawi ini memang agak rugi la kan untuk kita tidak menaiki cable car yang terdapat di langkawi ni, bila dah atas top view tu fuh memang cantik pemandanganya itu.. Buat mereka yang gayat tu masa naik cable car tu minta rakan sebelah korang tu rekod video muka anda yang gayat tu nanti bila tengok semula memang kelakar.. :D :D Nak tengok view cable car dan pemandang di atas ni? Rugi taw kalo dah sampai langkawi island ni tapi tak naik cable car ni, memang beratur panjang punya nak tunggu turn beli tiket dan naik cable car tu tapi berbaloi bila dah tengok view ni kan..

Cable Car Langkawi Island
Pit Stop Kabel Car Langkawi
View From Top Cable Car
Okay dari tadi menceritakan tempat yang cantik dan menarik je di Langkawi ini kan, tapi macam mana pula dengan tempat penginapan?  

Pada zaman yang serba canggih dan moden kini, ada banyak hotel yang ada di pulau tersebut. Mengikut kiraan saya sahaja mungkin dah cecah 200 lebih hotel. Jadi bagaimana dengan duit kita yang ada, kita taknak buat kesilapan dengan memilih tempat yang tak best. Kat sini saya nak sharekan salah satu cara yang mudah dan menjimatkan masa untuk kita cari hotel, iaitu Traveloka. Apa itu Traveloka? Dengan Traveloka kita boleh book cheap Langkawi hotel on Traveloka, so that percutian kita akan jadi lebih bermakna.    

Kat mana Traveloka tu ya? Tanya seorang kawan kepada saya, hehe bermonolog la pula, eh betul ke monolog? Hehe. Buka Web explorer korang dan visit website Traveloka . Di sini ada pelbagai jenis hotel yang ada di Langkawi dari berbintang dua ke sepuluh. Eh silap pula, berbintang lima. Kita juga boleh memilih dari harga yang paling mahal kepada harga yang paling murah serta boleh pilih bilik-bilik yang ada. Setiap hotel ini mempunyai reviews yang boleh membantu korang untuk pilih yang mana satu, supaya nanti takdelah korang macam menyesal bila menginap di hotel yang tak best. Tapi kalau di situ dah ada reviews negative tapi korang book dan duduk juga jangan salahkan daku kerana sudahku berpesan. Kan dah keluar ayat novel. Hehe 

Di web ini, korang perlu taip kan tarikh yang korang nak pergi nanti, berapa hari nak menginap dan sistem dia akan listkan hotel-hotel yang ada. So kalau dah ada yang menarik hati korang tu book sahaja terus kerana risau esok dah full pula. Nanti kempunan nak pegi naik banana boat. Haha. Hanya bermodalkan smartphone dan data korang dah boleh membuat booking selain dari modal deposit. Jangan ingat free je ya, bukan apa nanti korang book, tapi cancel last minit kesian pihak hotel itu nanti sebab dah blok bilik mereka. So win-win situation la ya.

Korang boleh memilih jenis hotel yang mempunyai servis yang lebih detail seperti hotel yang mempunyai wifi, kolam renang dan yang berada di pekan Kuah atau pantai Chenang. Detail kan? Jangan tersilap book lak nanti. Traveloka ini juga mempunyai apps untuk smartphone jadi memang memudahkan korang kot-kot busy dengan kehidupan seharian yang bermakna ini. Korang juga perlu sentiasa ke website atau apps Traveloka ini untuk melihat promosi-promosi atau kupon terkini yang ada kot-kotlah korang dapat diskaun dan boleh belanja seluruh kampung untuk pergi bercuti. Membuat orang lain happy kan elok. Jangan berhutang sebab nak belanja orang sudah nanti duk makan megi hari-hari je nanti.

Dalam beratus-ratus hotel ini nanti korang takdelah bosan jika setiap kali pergi ke Langkawi, asyik hotel sama sahaja. Boleh tukar-tukar nanti untuk dapat experience yang berbeza. Tapi dengan syarat, layarilah Traveloka sentiasa, baca reviews atau tulis reviews, dan ada juga info-info yang berguna di websitenya untuk setiap hotel dengan apa aktiviti yang boleh dilakukan. DIjamin harganya sangat berpatutan, murah dan korang boleh bandingkan harga. So no worries kot-kot nanti korang book hotel tapi ada hotel sebelahnya lagi murah, aku nasihatkan korang research betul-betul di website Traveloka itu. Kita semua kan berpelajaran kalau dah ada smartfon so gunakanlah kebijaksanaan korang dengan melayari www.traveloka.com untuk Review, booking hotel-hotel yang ada di Langkawi. Percutian lebih bermakna dengan perancangan yang terbaik. Senangkan nak guna traveloka ni.. :)

River Cruise Langkawi Island
Sebelum akhiri post kali ini, saya nak sharekan satu lagi tempat menarik yang mesti korang pergi taw, iaitu naik river cruise langkawi.. Masa tu boleh pergi melawat gua kelawar tapi yang paling penting sekali boleh tengok burung helang live taw.. Memang rugi la kalau datang langkawi tak pergi tengok burung helang yang dah jadi sinonim dengan langkawi ini..

Burung Helang Live
Nampak tak tu burung helang.. Kena bawa dlsr baru boleh zooom dekat sikit di helang tu.. :D :D
Pemandangan Semasa River Cruise

NI antara view semasa river cruise di langkawi, memang cantik pemandangan masa kita tengah river cruise ni.. Kita akan nampak banyak pulau-pulau kecil.. Memang cantik view ni.. Masa naik river cruise tu sila la bawa topi dan air minum yang mencukupi yer.. Takot dahaga je nanti.. hehe.. Okay la setakat ini sahaja la post kali ini, insyallah ada masa lagi saya akan update lagi blog ni ya.. Semoga info dan tips yang ada di post kali ini dapat membantu anda merancang perjalanan / percutiaan ke Pulau Langkawi... selamat bercuti ye..  Sememangnya Pulau Langkawi Trip Percutian Terunggul untuk kita pergi bercuti banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada disini..

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

19 ulasan :

  1. Yeahhh mudah cari tempat penginapan dengan menggnakn traveloka.. Harga pun terbaik..

    BalasPadam
  2. Rindunyaaa Langkawi baca entri ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo rindu kena pergi langkawi ni mai..

      Padam
  3. jom kita wat langkawi trip bersama.blogger..hehe mcm best ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo nak buat cmtu kena plan betul2 tu irda.. hehe..

      Padam
  4. Yesza!! Langkawi permata Kedah taglinenya.

    Walaupun dah bercuti ke Langkawai tapi belum pernah cuba river cruise lagi.

    Hurm.. may be next time by Traveloka kansss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrs A kena cuba naik river cruise tu best.. yup boleh guna platform traveloka kalau nak booking hotel

      Padam
  5. Balasan
    1. bila adrianna ada rezeki nnti bole ler pegi sana.. agak best juga bercuti disana tu. :)

      Padam
  6. Saya suka Langkawi..cantik sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. mmg cantik sangat view ia tu

      Padam
  7. untung pergi langkawi dapat naik cable car. ritu pergi tga renovate

    BalasPadam
    Balasan
    1. :D :D itu tandanya kena pergi sana lgi tu nad utk naik cable car langkawi tu...

      Padam
  8. will repeat again, ari tu jalan2 tak puas

    BalasPadam
  9. Tengah merancang percutian ke langkawi. Traveloka pastinya pilihan tepat untuk dapatkan diskaun hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat bercuti ye tuan.. yup boleh kita cuba guna traveloka ini. :)

      Padam
  10. nanti update makan kat langkawi plak dik.. hee~ kalau jenjalan saje tak makan2 tak best plak rasa.. ke dah ade entri tu ?

    BalasPadam