Jun 2017 Jun 2017 - The New Minded Jun 2017 Jun 2017

Jumaat, 30 Jun 2017

Google Analytic Bounce Rate Bulan Jun 6%

11 comments

Overview Bulan Jun 2017
 Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Setelah sekian lama saya sendiri tak check google analytics blog ini.. Hari ini tergerak pula hati nak tengok report blog ini dekat google analytic.. Fuh.. memang memberangsangkan.. Almaklumalah sekarang ni memang agak jarang saya update blog ni.. hehe.. Ingatkan semua benda dah kelaut dah perginya rupa-rupanya masih maintain lagi.. Alhamdulillah.. 

Bounce rate untuk bulan ni masih dikekalkan below 10% iaitu pada 6.66%.. Alhamdulillah walaupun dah lama tak update bounce rate masih maintain je lagi below 10%.. 

Nak buat bounce rate tu below 10% ? boleh cuba lakukan article yang berinfo dan ia agak panjang sedikit untuk memastikan user tu berada lama di page dan blog anda tu.. 

So kita bermain pula dengan article yang mempunyai seo ataupun niche yang berguna dan berinfo seperti kitamembuat review sesuatu tempat, article review produk dan info public place seperti surau didalam shooping complex dan lain-lain.. 

Sekarang ni alhamdulillah blog ini telah mencapai apa yang saya inginkan iaitu saya dapat membantu mereka yang mencari maklumat di internet dan dapat diberikan jawapan dan pandangan yang tepat dan boleh diterima pakai kepada mereka. Sedikit sebanyak hasil daripada penat lelah selama ini dapat ditarikkan nafas lega sedikit dengan wajah kegembiraan apabila article yang kita buat itu dapat membantu ramai orang.. hehe..

Top Article Bulan Jun 2017
Hari ini saya ingin mendedahkan rahsia blog ini.. haha.. Ini adalah antara top article yang setiap hari akan ada orang search di google yang membantu blog ini terus maintain walaupun saya jarang mengupdate blog ni.. Ia sedikit sebanyak dapat memberi awareness kepada user yang blog ni ada bekalkan info yang berguna kepada mereka..

Ini diantara top post sepanjang masa ..
  1. Surau klcc
  2. Biskut semperit tradisional
  3. Kereta api sabah
  4. Kedai Bakeri kuala lumpur
  5. Asb Pelajar
Ini antara top article di blog ini untuk sepanjang masa.. ada juga yang lain diantaranya adalah
  1. Tempat Percutian Di Langkawi
  2. Berbaloi ke kasut skechers
  3. Kopi Cap Tupai
Macam saya beritahu tadi, kita buat article yang berinfo ini amat berbaloi, sedikit sebanyak dapat memberi info tambahan kepada mereka yang sedang mencari info yang berkeenaan tu.. Ada aura lain macam sikit bila kita dapat tengok unique visitor dari keyword ke article kita buat tu dapat menarik perhatian user tu.. hehe.. Ini dapat menaikkan lagi rank blog ni juga.. 

Selamat berblog yer rakan-rakan sekalian.. selamat beraya..



Read More

Rabu, 28 Jun 2017

Nescafe Smoovlatte kini RM1.90

11 comments

Nescafe Smoovlatte
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Apa khabar anda semua ? Sihat ke? Lama betul tidak update blog ni.. 😁 

Sejak internet tiada ni makin jarang pula mengupdate blog ni.. hehe.. Ingat nak guna unifi pula dirumah tu tapi contract 2 tahun tu yang menyampah jadinya.. Lama betul contractnye tu, takde ke contract yang setahun.. hurmm sekarang ni guna hotspot dari hp je senang tapi tu la line celcom ni pun kadang2 pandai juga dia hilang.. haha.. Korang guna line internet apa tu ya? 

Okay bebalik semula kepada air botol nescafe smoovlatte ni, tadi masa tengah kerja ni mata ni memang mengantuk betul maklumlah sunyi sepi je di pejabat ni orang lain semua tengah bercuti lagi tu. So apa lagi kita pun turun ler 7-eleven untuk mencari air. 

Masa tengah mencari air tu terjumpa pula air Nescafe ni pada harga RM1.90 je sehingga 24 Julai 2017 kot kalau tak silap nanti korang tengok ler dekat 7-e tu semula.. 

Rasa kopi ni memang kaw punya elok2 tadi pagi sempat melayan mata ni mengantuk sekali pekena minum hamik teruih hilang mengantuk.. hilang dah feeling nak nap waktu rehat ni.. hahaha.. Pada saya kopi ni lagi sedap dari yang dalam air tin nescafe tu sebab yang dalam botol ni tak berapa nak manis sangat ia more kepada rasa kopi gitu. Memang kena la dengan taste saya ni.

Kepada mereka yang belum mencuba air nescafe ni bagus pergi cuba sekarang memang sedap.. Sekarang ni tengah promosi di 7-eleven hanya RM1.90.. Nanti dah habis jangan kempunan pula nak merasa ye.. hehe.. 

Selamat Hari Raya semua.. :) 










Read More

Jumaat, 23 Jun 2017

Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas

4 comments

Pos Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat hari raya diucapkan kepada umat muslimin dan muslimat yang bakal menyambut hari raya aidilfitri pada tahun 2017 ini. Ketika nak musim perayaan ini mesti ada dikalangan kita yang menggunakan perkhidmatan poslaju untuk membeli barang di online mahupun menghantar barang kepada orang yang tersayang yang berada diperantauan gitu. 

Sememangnya seperti yang kita maklum bila musim perayaan je mesti barang yang dipos menggunakan kaurier poslaju ini akan mengalami sedikit kelewatan tapi apa yang mengejutkan saya pada tahun ini fuh tak sampai 24 jam dah sampai didepan pintu rumah. Memang terlaju kali ini. Untuk hari biasa pun takde pulak macam ini. 

12 Jun 2017

19 Jun 2017
Okay boleh lihat kedua-dua gambar diatas ini, kedua-dua barang ini di hantar dari bintulu, sarawak ke ampang, selangor. Tidak sampai 24 jam barang dah sampai di rumah. Memang terpantas. Untuk minggu akhir bulan ramadhan, pekerja poslaju sanggup untuk deliver parcel selepas waktu pejabat... wow.. saya pun terkejut barang sampai pukul 7 malam pada 20 jun 2017. Waktu dah nak berbuka puasa lagi tu.. Terima kasih buat kesemua warga kerja poslaju ya yang sudi kerja lebih masa untuk memastikan parcel-parcel pelanggan mereka dapat sampai dengan selamat dan cepat untuk digunapakai pada musim perayaan ini.. 
Untuk mereka yang ingin check tracking poslaju boleh guna aplikasi Pos Malaysia Mobile 
Tetapi untuk sekarang ini anda sudah boleh check tracking anda di laman web pos.com.my  perkhidmatan untuk check tracking number telah available semula di laman rasmi POS Malaysia.  

Akhir kata, poslaju Malaysia, poslaju cawangan bintulu serta poslaju cawangan cheras telah melakukan tugas mereka yang terbaik untuk musim perayaan kali ini untuk memastikan barang yang diterima dapat di delivery dengan pantas. Hope mereka2 ini yang terlibat dapat diberi bonus untuk tahun ini semoga integriti pekerja-pekerja di poslaju ini terus meningkat dan bertambah baik dari hari ke hari. Aminn.. 

Buat mereka yang rasa perkhidmatan poslaju ini tidak berapa nak puaskan hati anda, apa kata anda menggunakan perkhidamatan DHL ataupun kaurirer lain tapi agak mahal price dia dari poslaju.. Tepuk dada tanya selera & tanya duit dalam poket... Dibulan puasa ini jangan marah-marah ya.
Selamat hari raya.. Saya memohon maaf salah silap sepanjang telah ceburi bidang blog ini since 2011 sehingga sekarang ini.




Read More