Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas - The New Minded Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas

Jumaat, 23 Jun 2017

Perkhidmatan Poslaju Musim Perayaan Terpantas

4 comments

Pos Malaysia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat hari raya diucapkan kepada umat muslimin dan muslimat yang bakal menyambut hari raya aidilfitri pada tahun 2017 ini. Ketika nak musim perayaan ini mesti ada dikalangan kita yang menggunakan perkhidmatan poslaju untuk membeli barang di online mahupun menghantar barang kepada orang yang tersayang yang berada diperantauan gitu. 

Sememangnya seperti yang kita maklum bila musim perayaan je mesti barang yang dipos menggunakan kaurier poslaju ini akan mengalami sedikit kelewatan tapi apa yang mengejutkan saya pada tahun ini fuh tak sampai 24 jam dah sampai didepan pintu rumah. Memang terlaju kali ini. Untuk hari biasa pun takde pulak macam ini. 

12 Jun 2017

19 Jun 2017
Okay boleh lihat kedua-dua gambar diatas ini, kedua-dua barang ini di hantar dari bintulu, sarawak ke ampang, selangor. Tidak sampai 24 jam barang dah sampai di rumah. Memang terpantas. Untuk minggu akhir bulan ramadhan, pekerja poslaju sanggup untuk deliver parcel selepas waktu pejabat... wow.. saya pun terkejut barang sampai pukul 7 malam pada 20 jun 2017. Waktu dah nak berbuka puasa lagi tu.. Terima kasih buat kesemua warga kerja poslaju ya yang sudi kerja lebih masa untuk memastikan parcel-parcel pelanggan mereka dapat sampai dengan selamat dan cepat untuk digunapakai pada musim perayaan ini.. 
Untuk mereka yang ingin check tracking poslaju boleh guna aplikasi Pos Malaysia Mobile 
Tetapi untuk sekarang ini anda sudah boleh check tracking anda di laman web pos.com.my  perkhidmatan untuk check tracking number telah available semula di laman rasmi POS Malaysia.  

Akhir kata, poslaju Malaysia, poslaju cawangan bintulu serta poslaju cawangan cheras telah melakukan tugas mereka yang terbaik untuk musim perayaan kali ini untuk memastikan barang yang diterima dapat di delivery dengan pantas. Hope mereka2 ini yang terlibat dapat diberi bonus untuk tahun ini semoga integriti pekerja-pekerja di poslaju ini terus meningkat dan bertambah baik dari hari ke hari. Aminn.. 

Buat mereka yang rasa perkhidmatan poslaju ini tidak berapa nak puaskan hati anda, apa kata anda menggunakan perkhidamatan DHL ataupun kaurirer lain tapi agak mahal price dia dari poslaju.. Tepuk dada tanya selera & tanya duit dalam poket... Dibulan puasa ini jangan marah-marah ya.
Selamat hari raya.. Saya memohon maaf salah silap sepanjang telah ceburi bidang blog ini since 2011 sehingga sekarang ini.




If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

4 ulasan :

  1. Salam hasif lama x singgah sini.. mereka semua dah berikan servis yang terbaik untuk pelanggan mereka.. kalo barang lambat sampai bebel plak kita ni hii.. hari ni pon patut cuti hari Jumaat ..sanggup dioarang kerja overtime

    Selamat hari raya maaf zahir batin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm.. aahkan lama tak menyinggah sini ye.. :)

      selamat hari raya juga.. mohon maaf salah silap ye..

      Padam
  2. musim perayaan ni ada lah dpt barang dari skytrex, btw selamat hari raya maaf zahir batin ya :)

    BalasPadam
  3. Bagus kalau Poslaju mengekalkan perkhidmatan pantas seperti ini setanding dengan kenaikkan caj yg dikenakan. Takde la pelanggan merungut..

    Hopefully Pos Malaysia bagi reward kpd pekerja bawahan sebab achieve KPI bukan senang tau.. 😁

    BalasPadam