Ogos 2017 Ogos 2017 - The New Minded Ogos 2017 Ogos 2017

Ahad, 20 Ogos 2017

Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies

6 comments

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Adakah anda pernah dengar mahupun mencuba McOaty Cholocate Chips Oat Cookies ini? 
Saya yakin mesti anda tidak pernah cuba kan, nampak tu pernah, hehe..Oleh itu hari ini saya ingin review sedikit mengenai biskut oat McOaty ini. 

Buat mereka yang tidak tahu, produk ini adalah buatan Malaysia ye bukan produk daripada luar negara. Nama syarikat ini adalah Global Premium Resources Sdn Bhd yang bertempat di Johor. 

Produk McOaty ini ada beberapa jenis diantaranya adalah Chocolate chip, raisin, raisin&chocolate dan lain-lain. Tapi diantara tiga ini saya lebih suka McOaty Chocolate Chips ini memang sedap. 

Pada mulanya, memang saya agak was-was juga la nak beli biskut ini sebab takut rasa dia tak sedap & biskut dia pecah. Maklumlahkan kebanyakkan biskut butter yang dipasaran tak semua nya kena dengan selera individu terutama saya ni ha pastu pecah maybe disebabkan semasa delivery ke store la tu. Masa tu biskut ini ada buat promosi rasanya dalam RM3.00++ kot tak ingat normal price dia below than RM5 per pak jika tak salah saya. 

Bila tengok jer packing ni macam menarik je pastu ada promosikan, saya pun grab la satu pek biskut ni. Bila sampai je rumah bukak je pek ni alhamdulillah biskut dia tak pecah, first time beli biskut semua dalam pek tu tak pecah.. 😄 well done GPR good packaging.. 

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Ini dia rupa biskutnya tu. Saiznya agak besar juga lebih kurang besar chipsmore tapi kecik sikit dari chipsmore tu. Susunan Biskut tu dalam tray kemas dan rapat maybe sebab tu biskut ni tak pecah walaupun gerak banyak kali. 

Rasa biskut ni memang sedap, rangup. Chocolate chip pun banyak, oat pun banyak juga. Kira rasa biskut ni memang sedap la. Tak manis sangat pun memang boleh makan hari-hari ni.. hehe.. 

Info McOaty Chocolate chips Oat Cookies
Okay buat mereka yang nak tahu nurtition fact biskut ni boleh la rujuk gambar dekat atas ni ye. 

Nutrifacts

 Kepada anda yang belum cuba lagi produk ni. Jom sama-sama kita cuba produk ni..Rasa biskut ni memang superb tak rugi anda cuba.. Satu pek biskut ni tak sampai RM5 pun rasanya, boleh didapati dekat pasaraya. 

Bila dah rasa sama-sama komen di ruang komen ni ye.



    

Read More

Selasa, 15 Ogos 2017

Servis Beli Domain Blog Harga Berpatutan

2 comments

Name cheap
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya ingin menawarkan servis beli domain blog dengan harga berpatutan. 

Mungkin ada dikalangan blogger masih tidak tahu cara untuk membeli domain dan setup di blogspot tanpa perlu membeli hosting? Disini anda telah jimatkan duit anda daripada perlu beli hosting gitu.
Jadi mulai hari ini saya ingin membantu anda yang ingin membeli domain untuk blog anda dengan menggunakan perkhidmatan servis yang saya sediakan ini. 

Apa yang saya tawarkan kepada anda ? 
  1.  Saya akan membeli domain blog anda di laman web namecheap.
  2. Saya akan setupkan domain anda di blogger.
  3. Saya akan pasang https di domain anda menggunakan cloudflare.
Kenapa anda perlu menggunakan servis saya? 
  1. Saya telah mempunyai akaun paypal memudahkan urusan jual beli di namecheap.
  2. Anda tak perlu pening kepala cara untuk setup domain di blogspot ini.
  3. Saya akan buat sehingga domain anda berjaya diintergrate di blogspot.
  4. 100% Duit Domain akan direfundkan semula kepada anda jika domain itu tidak berjaya dipasang di blog anda.
 Kenapa menggunakan namecheap? 
  1. Sudah semestinya adalah murah dan banyak tawaran yang disediakan.
  2. No hidden fees.
  3. Kita kawal apa yang kita nak beli.
  4. Proses yang disediakan agak cepat.
 Caj dan Bayaran yang perlu dibayar ?
  1. Ikut harga domain yang dipaparkan pada waktu semasa di namecheap.
  2. Kadar upah saya adalah USD4.00
  3. Pembayaran boleh dibuat melalui bankin ataupun melalui paypal.
Berminat boleh terus emelkan kepada saya 
[email protected]

Sekarang ini di namecheap tengah ada buat promotion taw, domain untuk 5 tahun hanya usd6.48 je untuk domain yang terpilih. Tersangat la murah, contoh macam jika blog anda sekarang ni lebih kepada buat review blog, boleh guna domain .review kini untuk 5 tahun langganan hanya usd6.48 je. 

Servis Edit Template Blog

Read More

Khamis, 3 Ogos 2017

3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak

15 comments

Ais Kacang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah hari ini diberikan sedikit kesempatan untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama menyepi je kan.. Bukan apa lama menyepi sebab utama laptop rosak baru-baru minta kena beli baru dah ni laptop ni lepas tu internet pula dah lama takde dirumah ni. So baru-baru ni telah subcribe plan internet baru. 

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda 3 Tempat makan yang menarik dan best ketika berada di Kuching, Sarawak yang mesti anda kena cuba. Tempat makan yang saya tujukan ini harga yang ditawarkan agak berpatutan tidak mahal pun satu hidangan tu masih boleh dibayar lagi, maklumla kan kena berjimat cermat sikit. Mungkin diantara 3 tempat makanan yang akan saya nyatakan ini mungkin anda sendiri pun tidak tahu ataupun terlepas pandang. Justeru itu, saya sarankan mari lah kita mencuba ya makanan ditempat ni. 

Tempat Pertama

Swee Kang Ais Kacang
Tempat pertama sekali yang perlu anda cuba adalah Swee Kang Ais Kacang. Di dalam kedai ini ada menyediakan beberapa menu makanan yang anda boleh cuba. Masa saya pergi tempoh hari adalah pada waktu petang kira minum petang la. So minuman petang yang saya pilih adalah :- 

Menu Pertama

Ais Kacang Swee Kang
Untuk mereka yang nak pilih menu ais ni saya sarankan anda cuba ais kacang sahaja sebab rasa sangat sedap tak rugi cuba taw. Dalam menu tu ada banyak pilihan untuk perasa ais ni, kalo pergi by group boleh la order dua tiga jenis berlainan perisa ais ni tapi mesti anda akan katakan ais kacang dia lagi menawan. 

Menu Kedua

Cha Kueh

Cha Kueh
 Menu Ketiga

Rojak Buah
Untuk menu sampingan kami telah pesan satu pinggan rojak buah dan cha kueh. 

Alamat 
Swee Kang Ais Kacang 
Jalan Kulas - Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
Google Map - Swee Kang Ais Kacang

 

Tempat Kedua

FuYu Cafe
Tempat kedua pula adalah di fuyu cafe betempat di satok, sarawak. Di cafe ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yang disediakan untuk para pelanggan. Tetapi menu yang direcommendkan adalah mee kolok dengan laksa sarawak.

Laksa Sarawak

Mee Kolo'
Untuk mereka yang tak berapa suka makan pedas sangat bagus pesan dahulu satu mangkuk laksa sarawak untuk dikongsikan beberapa orang.. Tapi mee kolok dia memang mantap tak cukup makan satu mangkuk je mahu kena pegi dua mangkuk ni..

Alamat
FuYu Cafe
520 Lor Rubber 10, Kuching, Sarawak
Google Map :- FuYu Cafe 



Tempat Ketiga

Nasi Lemak Pandan Sarawak
Akhir sekali adalah menu makanan nasi lemak pandan sarawak. Nak cari kedai ni dia berada di waterfront kuching sarawak berdepan dengan pintu masuk untuk naik cruiser sarawak tu ataupun landmark lain adalah opposite KK Mart. Waktu operasi kalau tak salah saya bermula Jam 10 pagi untuk jualan nasi lemak ini.. 
Nasi Lemak Pandan Sarawak

Gerai Nasi Lemak Pandan Sarawak
Jika pada waktu petang anda teringin nak ada minum-minum petang seperti kuih kan anda boleh cuba cucur dekat sini.. Memang sedap cucur yang dijual dekat sini boleh beli mix means campur2 macam2 jenis cucur yang ada. Selain itu, dekat situ juga ada jual nasi lemak pandan yang agak sedap juga memang berbaloi la dengan harga RM3.50 satu bekas tu ada papadom, telur separuh, ikan masin, nasi lemak, sambal, kacang ikan bilis dan timun. 

Alamat 
Nasi Lemak Pandan Sarawak 
Jalan Main Bazaar, Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak



Akhir kata pada saya, sepanjang 3 hari 2 malam di kuching tempohari, ini merupakan senarai 3 tempat makanan yang best buat saya ketika berada disana. Ya la kan, selain daripada kita makan dikedai yang sudah famous disana sekali sekala boleh juga kita cuba makan digerai lain pula dengan harga yang berpatutan. Sedar tak sedar rupanya ada je kedai makan yang sedap berdekatan dengan hotel kita tinggal tu cuma kita kena test la satu2 kedai disitu yang mana satu tepati citarasa selera kita tu ataupun kita membaca review terhadap kedai itu di google map or dimana2 info ya.

Kesemua link map dan alamat telah saya sertakan diatas ini, buat mereka yang nak cuba boleh la pergi sana dan cuba ye.. Selamat bercuti dan beristirehat ye semua..








Read More