3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak 3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak - The New Minded 3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak 3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak

Khamis, 3 Ogos 2017

3 Tempat Makan Best Di Kuching Sarawak

15 comments

Ais Kacang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah hari ini diberikan sedikit kesempatan untuk mengupdate blog ini setelah sekian lama menyepi je kan.. Bukan apa lama menyepi sebab utama laptop rosak baru-baru minta kena beli baru dah ni laptop ni lepas tu internet pula dah lama takde dirumah ni. So baru-baru ni telah subcribe plan internet baru. 

Hari ini saya ingin berkongsikan kepada anda 3 Tempat makan yang menarik dan best ketika berada di Kuching, Sarawak yang mesti anda kena cuba. Tempat makan yang saya tujukan ini harga yang ditawarkan agak berpatutan tidak mahal pun satu hidangan tu masih boleh dibayar lagi, maklumla kan kena berjimat cermat sikit. Mungkin diantara 3 tempat makanan yang akan saya nyatakan ini mungkin anda sendiri pun tidak tahu ataupun terlepas pandang. Justeru itu, saya sarankan mari lah kita mencuba ya makanan ditempat ni. 

Tempat Pertama

Swee Kang Ais Kacang
Tempat pertama sekali yang perlu anda cuba adalah Swee Kang Ais Kacang. Di dalam kedai ini ada menyediakan beberapa menu makanan yang anda boleh cuba. Masa saya pergi tempoh hari adalah pada waktu petang kira minum petang la. So minuman petang yang saya pilih adalah :- 

Menu Pertama

Ais Kacang Swee Kang
Untuk mereka yang nak pilih menu ais ni saya sarankan anda cuba ais kacang sahaja sebab rasa sangat sedap tak rugi cuba taw. Dalam menu tu ada banyak pilihan untuk perasa ais ni, kalo pergi by group boleh la order dua tiga jenis berlainan perisa ais ni tapi mesti anda akan katakan ais kacang dia lagi menawan. 

Menu Kedua

Cha Kueh

Cha Kueh
 Menu Ketiga

Rojak Buah
Untuk menu sampingan kami telah pesan satu pinggan rojak buah dan cha kueh. 

Alamat 
Swee Kang Ais Kacang 
Jalan Kulas - Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching, Sarawak
Google Map - Swee Kang Ais Kacang

 

Tempat Kedua

FuYu Cafe
Tempat kedua pula adalah di fuyu cafe betempat di satok, sarawak. Di cafe ini juga mempunyai banyak pilihan makanan yang disediakan untuk para pelanggan. Tetapi menu yang direcommendkan adalah mee kolok dengan laksa sarawak.

Laksa Sarawak

Mee Kolo'
Untuk mereka yang tak berapa suka makan pedas sangat bagus pesan dahulu satu mangkuk laksa sarawak untuk dikongsikan beberapa orang.. Tapi mee kolok dia memang mantap tak cukup makan satu mangkuk je mahu kena pegi dua mangkuk ni..

Alamat
FuYu Cafe
520 Lor Rubber 10, Kuching, Sarawak
Google Map :- FuYu Cafe 



Tempat Ketiga

Nasi Lemak Pandan Sarawak
Akhir sekali adalah menu makanan nasi lemak pandan sarawak. Nak cari kedai ni dia berada di waterfront kuching sarawak berdepan dengan pintu masuk untuk naik cruiser sarawak tu ataupun landmark lain adalah opposite KK Mart. Waktu operasi kalau tak salah saya bermula Jam 10 pagi untuk jualan nasi lemak ini.. 
Nasi Lemak Pandan Sarawak

Gerai Nasi Lemak Pandan Sarawak
Jika pada waktu petang anda teringin nak ada minum-minum petang seperti kuih kan anda boleh cuba cucur dekat sini.. Memang sedap cucur yang dijual dekat sini boleh beli mix means campur2 macam2 jenis cucur yang ada. Selain itu, dekat situ juga ada jual nasi lemak pandan yang agak sedap juga memang berbaloi la dengan harga RM3.50 satu bekas tu ada papadom, telur separuh, ikan masin, nasi lemak, sambal, kacang ikan bilis dan timun. 

Alamat 
Nasi Lemak Pandan Sarawak 
Jalan Main Bazaar, Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak



Akhir kata pada saya, sepanjang 3 hari 2 malam di kuching tempohari, ini merupakan senarai 3 tempat makanan yang best buat saya ketika berada disana. Ya la kan, selain daripada kita makan dikedai yang sudah famous disana sekali sekala boleh juga kita cuba makan digerai lain pula dengan harga yang berpatutan. Sedar tak sedar rupanya ada je kedai makan yang sedap berdekatan dengan hotel kita tinggal tu cuma kita kena test la satu2 kedai disitu yang mana satu tepati citarasa selera kita tu ataupun kita membaca review terhadap kedai itu di google map or dimana2 info ya.

Kesemua link map dan alamat telah saya sertakan diatas ini, buat mereka yang nak cuba boleh la pergi sana dan cuba ye.. Selamat bercuti dan beristirehat ye semua..








If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

15 ulasan :

  1. Kedai Ais kacang tu sekali imbas nmk cm KFC.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ais kacang dkt kedai tu sedap lea.. nnti lea boleh cuba tu dkt sana..

      Padam
  2. wahh.. memang nampak macam best jeee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah memang best nad.. kalo dtg kuching jangan lupa ye singgah kedai2 yg sy senarai ni .. :)

      Padam
  3. Sedapnya laksa Sarawak Dan ais kacang Tu. Boleh bookmark ni kalau g Kuching boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup ais kacang tu memang sedap.. tu menu utama tu kalo dtg kuching kena pergi minum dulu :D :D

      Padam
  4. kalau ke sarawak..mesti la nak kena try laksa sarawak&mee kolok tu..nasi lemak pandan tu macam menarik, ikan masin ke atas nasi tu ke bilis sana memang besar kot :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. atas nasi tu ikan masin tu.. hehe.. yup mee kolok pun sedap mmg kena try kalo dah dtg kuching ni..

      Padam
  5. wah kalau ke Kuching wajib singgah ni. nampak menyelerakan semuanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup ain wajib singgah taw.. siap dah bagi direction guna google map lagi tu confirm tak sesat. :D :D

      Padam
  6. Swee Kang tu dekat je ngan rumah bapak mertua... 5 minit je sampai... kalau balik Kuching memang mesti kena cendolnya....

    BalasPadam
  7. Swee Kang tu dekat je ngan rumah bapak mertua... 5 minit je sampai... kalau balik Kuching memang mesti kena cendolnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pekena ais kacang masa waktu panas memang layan kan.. :D

      Padam
  8. nampak menarik sgt ni hasif..tak pernah sampai sarawak lagi..huhu teringin nak pergi sarawak..aaamin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aminn.. insyallah sampai nanti irda di sarawak.. bila dah sampai nnti boleh la singgah dikedai2 ni ye.. :) selamat menjamu selera

      Padam