Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies - The New Minded Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies

Ahad, 20 Ogos 2017

Review McOaty Chocolate Chips Oat Cookies

11 comments

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Adakah anda pernah dengar mahupun mencuba McOaty Cholocate Chips Oat Cookies ini? 
Saya yakin mesti anda tidak pernah cuba kan, nampak tu pernah, hehe..Oleh itu hari ini saya ingin review sedikit mengenai biskut oat McOaty ini. 

Buat mereka yang tidak tahu, produk ini adalah buatan Malaysia ye bukan produk daripada luar negara. Nama syarikat ini adalah Global Premium Resources Sdn Bhd yang bertempat di Johor. 

Produk McOaty ini ada beberapa jenis diantaranya adalah Chocolate chip, raisin, raisin&chocolate dan lain-lain. Tapi diantara tiga ini saya lebih suka McOaty Chocolate Chips ini memang sedap. 

Pada mulanya, memang saya agak was-was juga la nak beli biskut ini sebab takut rasa dia tak sedap & biskut dia pecah. Maklumlahkan kebanyakkan biskut butter yang dipasaran tak semua nya kena dengan selera individu terutama saya ni ha pastu pecah maybe disebabkan semasa delivery ke store la tu. Masa tu biskut ini ada buat promosi rasanya dalam RM3.00++ kot tak ingat normal price dia below than RM5 per pak jika tak salah saya. 

Bila tengok jer packing ni macam menarik je pastu ada promosikan, saya pun grab la satu pek biskut ni. Bila sampai je rumah bukak je pek ni alhamdulillah biskut dia tak pecah, first time beli biskut semua dalam pek tu tak pecah.. 😄 well done GPR good packaging.. 

McOaty Chocolate Chips Oat Cookies
Ini dia rupa biskutnya tu. Saiznya agak besar juga lebih kurang besar chipsmore tapi kecik sikit dari chipsmore tu. Susunan Biskut tu dalam tray kemas dan rapat maybe sebab tu biskut ni tak pecah walaupun gerak banyak kali. 

Rasa biskut ni memang sedap, rangup. Chocolate chip pun banyak, oat pun banyak juga. Kira rasa biskut ni memang sedap la. Tak manis sangat pun memang boleh makan hari-hari ni.. hehe.. 

Info McOaty Chocolate chips Oat Cookies
Okay buat mereka yang nak tahu nurtition fact biskut ni boleh la rujuk gambar dekat atas ni ye. 

Nutrifacts

 Kepada anda yang belum cuba lagi produk ni. Jom sama-sama kita cuba produk ni..Rasa biskut ni memang superb tak rugi anda cuba.. Satu pek biskut ni tak sampai RM5 pun rasanya, boleh didapati dekat pasaraya. 

Bila dah rasa sama-sama komen di ruang komen ni ye.



    

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

11 ulasan :

  1. Sdap ni..peberet..rm3.90 harga dia rasanya😊

    BalasPadam
  2. Belum pernah cuba lagi.
    Suka jenis biskut macam ini nanti nak cuba jugaklah.
    Thanks for sharing Hasif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn lupa cuba nnti sis.. welcome :)

      Padam
  3. wah..cm sedap je.nak cari la nnti

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah sedap ni.. nnti try cari ye mostly pasaraya ada jual biskut ni.

      Padam
  4. Singgah sini hasif.. x pernah tengok pulak biskut niii .. hii kalo oat cookies letak choc chips memang sedapp

    BalasPadam
  5. saudara hasif! lama tak singgah sini =)
    camne tahu saya tak penah cuba biskut ni
    sila post lah camtu...hehe
    nampak sedap.

    BalasPadam
  6. Mai memang suka biskut ke atau apa2 saja daripada oat..tp tak pernah tengok lagi jenama ni, ke terlepas pandang mungkin..

    Nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  7. seriously tak pernah dgr sebelum ni. tp baguslah kan buatan rakyat malaysia

    BalasPadam