November 2017 November 2017 - The New Minded November 2017 November 2017

Ahad, 5 November 2017

Review Miniso Perfume Leisure Sports Mens Perfume

4 comments

Leisure Sports Men's Perfume
Leisure Sports Men's Perfume 40 ml
 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Apa khabar pembaca sekalian? Berbulan juga la saya tidak update blog ini. Sampaikan terlupa yang Google Adsense pun dah lulus. Alhamdulillah.. Walaupun lama tak update blog ni adsense tu masih kekal lagi di blog ini. 

Okay, hari ini saya ingin membuat sedikit review mengenai produk keluaran Miniso Japan. Mungkin ada diantara anda telah ketahui mengenai outlet Miniso Japan ni kan. Sejak kebelakangan ini makin banyak outlet Miniso Japan ni dibuka, boleh dikatakan kemana mall yang saya pergi mesti akan jumpa outlet Miniso Japan ni. Terutama didalam kawasan Kuala Lumpur. 

Masa tengah jalan-jalan di Sunway Velocity, terlalu depan Miniso ni tiba-tiba kaki ni terus melangkah masuk kedalam outlet tu dan terus capai perfume ini untuk test baunya. 

Apa yang mengejutkan bau perfume ini boleh dikatakan lebih kurang macam bau premium perfume you will know what i mean bila you all pergi cari produk ni dan cuba bau perfume ni. You will love it.. Seriusly.. 

Masa tengah test bau tu, sampai kan tiga kali saya tanya dengan mak saya betul ke bau perfume ini. Imagine saya macam tidak percaya baunya sebegitu. Actually ia kena dengan taste saya. 

Harga untuk sebotol ini adalah RM29.90 sahaja dengan jumlah isipadunya 40 ml. Affordable price la kan. 

NO Wonder Kenapa perfume ini sebegitu baunya
Apabila dah beli and then balik rumah, saya membelek la kotak ni kan tup tup terbaca satu part ni "..Jointly produced by Miniso and Givaudan -- the topnotch French perfume company..." No wonder la kenapa ia boleh sebau macam premium perfume rupanya ada kaitan dengan French. 

Back Packaging
Okay ini info back packaging kotak perfume ini. 

Rupa botol perfume ini

Rupa botol perfume ini simple je. Botol warna jenih dan label. Ringkas. Actually saya tak kisah sangat design botol macam mana asalkan bau perfume tu sedap. 

Dari segi ketahanan bau perfume ni ok la sama dengan harga yang kita bayar tapi bau perfume tu masih melekat dekat baju lagi walaupun dah waktu petang balik kerja tu.. Bau dia takdela strong macam jalan sebatu masih meninggalkan bau perfume tu. Cukup sekadar menghalang bau badan kita tu pun dah okay kan dan menenangkan fikiran kita bila kita bau perfume dekat badan sendiri.

So buat mereka yang nak cuba perfume ini, boleh cari dekat outlet Miniso. Perfume untuk wanita pun boleh tahan juga baunya tu. Ini ada masa nanti nak pergi beli lagi satu ni kang dia dah habis stok susah la pulak nanti.. hehe. 





Read More