Review Old Spice Body Wash Champion Review Old Spice Body Wash Champion - The New Minded Review Old Spice Body Wash Champion Review Old Spice Body Wash Champion Review Old Spice Body Wash Champion Langkau ke kandungan utama

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Review Old Spice Body Wash Champion

Old Spice Body Wash Champion
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah hari ini saya mempunyai kesempatan waktu untuk menulis blog ini berkenaan review kali ini iaitu produk Old Spice Body Wash Champion. Idea nak mengarang ni dah nak masuk dua minggu tertangguhnya, hari ni kuatkan semangat nak juga baut review produk yang terbaik ni. 

Buat mereka yang masih tak perasan produk ini di pasaran mungkin akan mula perasan bila dah baca article ni. Produk ni saya baru mula terperasan di market 3 bulan lepas, masa tu tengah tengok sabun mandi di AEON.. Masa tu di tempat lain tak berapa nak jumpa sangat, tapi sekarang ni senang dah nak jumpa produk ni di pasaraya. Maybe dah dapat sambutan ramai la ni kan. 

Apa yang best sangat sabun mandi ni ? Sampaikan besar-besar tagline dia tu "Want your man to Smell like A Man.." haha.. Memang mula-mula baca ada unsur khas untuk 18 tahun ke atas je kan. :D :D 

Apa yang buatkan saya suka sabun ni, dia wangi sangat hilang terus semua bau-bau badan tu memang tahan la sampai ke petang tu, walaupun berpeluh-peluh sikit gitu.. Ada la perbezaan diantara sabun biasa dengan sabun ni, ia boleh dikatakan ia teramat sesuai dengan lelaki la gitu.. Buat mereka yang ada suami tu, boleh kasi try satu botol buat suami anda tu, mmg tak nyesal punya.. Sekarang ni saya lihat dah banyak jenis baunya tapi saya suka bau Champion ni bau dia sedap menenangkan.

Berapa harga ia? 

Actually harga ia agak munasabah la, satu botol RM19 kalau tak silap saya, saya boleh guna untuk satu bulan dengan penggunaan 2 kali sehari. Okay la kan..

Ada alegik ke guna ?

So far setakat ni saya guna tak ada lagi la alegik dekat badan.. 

Senang ke sabun tu nak rinse off dari body?

Lepas apply sabun ni senang je nak rinse off sabun tu dari body.. 

Okay habis je satu botol ni nak repeat lagi la satu botol.. Memang puas hati setakat ni saya guna.. Buat mereka nak cuba guna produk ni boleh dapati di pasaraya or farmasi. 

 
 



If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner