2018 2018 - The New Minded 2018 2018

Selasa, 25 September 2018

Inner Snowcap by Suriahijabs

Leave a Comment

Inner Snow Cap Premium
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai produk Inner Snowcap by suriahijabs. Untuk makluman semua Suriahijab telah beroperasi selama 3 tahun (shgg 2018) so mereka tengah buat promosi sempena ulang tahun yang ketiga iaitu jika anda membeli RM50 keatas akan mendapat 1 free gift inner snow cap tahu. Waa menarikan maklumlah sekarang ni kan tengah viral inner hantu la inner silang viral la dan macam-macam lagi. 

Anniversary Sales
Anniversery Sales ini akan berlanjut sehingga 4 Oct 2018, jika anda nak beli boleh click link ni Shop

Diantara Produknya adalah; 

Inner Snow Cap
1) INNER SNOW CAP
by Suriahijabs
Material : lycra cotton high quality
📌 super comfy
📌 kain sejuk
📌 tidak longgar and tidak mencengkam bahagian telinga
📌 menutup seluruh bahagian kepala

Inner Snow Cap for Kids




2) INNER SNOW CAP for kids
by Suriahijabs

📌: Tiada lagi ketat, sakit ditelinga
📌: Material Lycra Cotton high quality
📌: Selesa dipakai, kepala bernafas dengan baik
📌: Lebih focus dalam kelas

Inner Rossy
3) INNER ROSSY
(Inner Silang by Suriahijabs)
Material baru : rayon moss crepe.
Ciri ciri sama macam cotton lycra cuma permukaan sedikit kasar, lebih mencengkam kepala..tapi still strechable dan sejuk
📌 double silang design, tak perlu lilit2, just sarung je terus cantik
📌 bahagian belakang yg panjang untuk bersanggul besar pun muat, tambah keselesaan
📌 tak perlu tali susah2 untuk ikat, just sarung insha Allah tak terangkat
Inner Neck

4) INNER NECK

Material : Lycra Cotton

MEASUREMENT DETAILS INNER NECK

kepala 6.5".
leher 9"
pnjg 19.5"

Dan banyak lagi produk yang ada dijual oleh SuriaHijabs.. 

Jadi jika anda berminat boleh click link ni ye SHOP  

https://shopee.com.my/kuhasif1
 

Read More

Ahad, 19 Ogos 2018

Review Revive Wet Look Hair Gel

1 comment

Review Revive Wet Look Hair Gel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mempunyai satu soalan kepada anda, pernah ketahui produk review hair gel ni? 
Jika anda tidak pernah dengar produk ini jom baca review saya ini. 

Hari ini saya ingin membuat satu Produk Review Revive Wet Look Hair Gel yang awesome ni. Produk ini dikilangkan oleh Fulian (M) Sdn Bhd di Penang. So ia adalah produk buatan Malaysia. Sejak dua menjak ni saya suka menggunakan produk buatan Malaysia ni sebab apa? Sebabnya produk buatan Malaysia juga ada kualiti yang baik ye yang penting ada cop Halal. Tak percaya cuba tengok gambar dekat bawah ni. 

Revive Wet Look Hair Gel
Produk ini mengandungin Provitamin B5 yang menguat, menyeri dan memberi kelembapan sepanjang masa. Produk ini juga bebas alcohol, tidak melekit, uv filter & menjaga kesihatan kulit kepala. 

Satu tube 60ml ni pek yang kecil jika saya guna dapat tahan selama 1 bulan harga nya cuma Rm1.90+ so far setakat ni saya beli untuk tube kecil ni bawah RM2.00. 

Apa yang saya suka mengenai hair gel revive ni?

Walaupun harganya cuma bawah RM2.00 ia dapat mengatasi masalah rambut saya yang beralun jika rambut saya panjang terutama sekali di jambul rambut tu dekat dahi memang suka beralun, tapi bila guna produk ni masalah rambut beralun tu dah berkurang ia macam searasi dengan rambut saya ni. 

Dari segi ketahanan hair gel ni amat bagus ia dapat tahan +-9jam kiranya pakai waktu pagi tu sebelum turun kejer balik kejer tu masih nampak segar je rambut tu dan masih tersusun rapi lagi rambut tu. 

Senang untuk diapply di rambut? Ya ia senang untuk dipakai dirambut dan senang uruskan rambut tu.. Selalu style sy guna sikat tepi je senang.. :D :D

Ada bau ke minyak rambut ni? Dari segi bau ia bau fresh tak de la bau wangi semacam tu.

Senang ke untuk mencuci rambut selepas guna? 
Ya satu yang saya suka ia senang untuk dicuci selepas guna, bilas je dengan air dah turun dah hair gel tu lepas tu guna shampoo settle takde dia meniggalkan sisa gel tu di rambut. 

So far setakat saya pakai hai gel ni walaupun rambut tu jadi agak keras sikit tapi ia tak mencengkam sampai ke kulit kepala so rasa kulit kepala tu takde mencengkam la di keras atas rambut je gitu. Itu yang paling best produk ni. 

Buat mereka nak cuba hair gel ni boleh dapatkan dipasaraya terdekat, tapi untuk yang tube kecil 60ml ni setakat ni saya hanya terjumpa produk ni di Aeon Wellness sahaja. Okay selamat mencuba ya..






Read More

Jumaat, 10 Ogos 2018

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018

4 comments

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama mendiamkan diri, finally im back!!! Domain ni baru sahaja direnew semalam renew terus utk 3 tahun. biar lama sikit domain ni aktif. Dah 3 tahun rupanya domain ni rupanya tak sangka pulak boleh lama begini menggunakan domain ni. Ia dah macam nak hampir ke tahap matang dah ni so agaknya memang akan kekal la nampaknya domain ni dengan blog ni.

Awal-awal dulu asalnya blog ni guna domain thenewminded lepas tu tukar guna ahmadhasif dot info lepas tu kalau tak silap tukar kepada thenewminded semula dan akhir sekali lekat lah 3 tahun menggunakan ahmadhasif.my ni.

Niat untuk kembali aktif dalam blog ni memang ada muncul dah ni, ada yang request untuk edit template review produk dan servis. Ada dapat invitation seminar SEO. Ada cerita yang menarik nak dikongsikan dan akhir sekali apa yang memotivasikan diri adalah bila tiba-tiba dapat emel your account domain is been suspended masa tu baru tefikir it's too late i need to redo this all?? hahaha itu motivasi paling okay sekali untuk menyedarkan diri ini yang bahawasanya anda mempunyai blog jangan lupa untuk terus berkarya. 

Honestly to say, buat mereka yang nak suruh edit template itu saya memang kekangan masa untuk edit so saya memang tidak akan buat dah ya. 

But, jika untuk paid review ia masih dibuka dan boleh terus contact saya untuk quatation. 

Okay back to topics, hari ini saya ingin berceritakan mengenai total earning google adsense saya setakat bulan ogos 2018 ini. Walaupun last update blog adalah pada March 2018 tapi trafik yang hadir ke blog ini masih memberangsangkan ada juga trafik harian yang sudi terjah blog ini. 

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018
Inilah hasilnya, alhamdulillah setakat ni berjaya mengumpul sebanyak $7.86 kalo di convertkan dekat RM28+ juga la. So far saya biarkan je duit tu dalam tu jangan diusik bila perlu jer baru di cashout kan wang tu.

Siapa ada tips bagaimana nak naik kan earning tu ya? asyik dapat $0.04 je tak pernah lagi merasa lebih $0.50 keatas. Kalau ada tips boleh la ya kita berkongsi di ruang komen di bawah ni. Terima kasih.


Read More

Ahad, 25 Mac 2018

Review Simply Men Hydro Power Shower Gel

3 comments

Review Simply Men Hydro Power Shower Gel
Review Simply Men Hydro Power Shower Gel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua yang sedang baca article ini? Diharapkan anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Hari ini saya ingin membuat satu produk review simply Men Hydro Shower Gel. Produk ini adalah buatan Malaysia ye dan boleh didapati di farmasi Guardian. 

Ceritanya bermula begini, masa tengah jalan di guardian tempoh hari saya ternampak shower gel ini di letakkan di end cap gondola mereka. Mula2 terfikir ada ke brand Simply Men? Macam first time je dengar produk ni. Jadi mula-mula macam biasalakan naluri seorang manusia memang akan was-was untuk guna produk yang kita tak pernah guna sebelum ini. Secara automatik terus membaca ingridient dan buatan dari mana, itu dua faktor yang saya akan baca dan tengok dahulu sebelum saya akan mencuba sesuatu produk baharu ni. Dan saya akan tengok siapa distributor dia, jika ada singapore pun distribute that product so saya memang akan confident untuk mencuba produk baharu. Itu criteria saya untuk mencuba produk baharu kalau takde salah satu dari 3 criteria tu memang harap maaf saya tak akan cuba dan guna. 

So, masa di guardian hari tu this items ada 2 jenis satu Cool dan satu lagi yang ini iaitu Hydro Power. Yang cool tu dia ada campuran menthol dan mint dan bau dia lagi harum tapi malangnya tinggal 1 botol je ada masa tu so memang saya tak akan amik yang last botol tu if that items is not wrapped packaging.. haha.. cerewet juga saya ni kan kalo memilih barang ni.. So masa tu hydro power ni ada banyak stock in shelf dia jadi sudah semestinya la saya akan pilih Hydro Power Shower Gel ni. 

Salah satu yang saya ingin mencuba Hydro Power ni adalah dia ada campuran Avocado Oil dan Tea Tree Oil yang mana dapat membantu melembapkan kulit agar kulit tak kering. Produk ini sebenarnya 3in1 dimana ia boleh dijadikan sebagai body wash, shampoo and also facial wash. Tapi memandangkan shampoo dan pencuci muka saya ada lagi saya hanya gunakan ia sebagai sabun mandi jela.. 

Apa yang best sabun ni ?

  1. Harga yang ditawarkan agar munasabah juga sebab satu botol masa saya beli hari tu Rm5 250ml.
  2. Bau sabun yang wangi dan lekat terus dekat body tu yang best.
  3. Kulit tidak rasa kering.
  4. Sabun ni tak banyak buih.
  5. Botol dia cantik dan kecil je senang nk bawa travel serius.. 
 Nak tahu ingredient dan information produk ni ? Baca dekat gambar bawah ni.

Information
Dari segi ketahanan bau sabun ni agak memuaskan la dia bukan long lasting la macam Produk Old Spice tu tapi agak memuaskan la untuk digunakan setanding dengan harga yang ditawarkan.

Buat mereka yang tengah mencari hadiah untuk buat suprise kepada suami, boleh cuba produk ini so far saya guna ok tak irritation dekat kulit saya ni. Yang penting bau sabun ni menenagkan dan juga ia membasmi kuman 99.9% tu jarang jumpa produk yang ada parfum shower gel ia ada sekali membasmi kuman 99.9% ni.. So tak rugi untuk mencuba produk ni.

Produk ni boleh didapati di farmasi guardian ye..

Nak tahu produk review akan datang dari body shop? jangan lupa untuk subcribed blog ni ye masukkan emel anda untuk tidak lepaskan peluang article review produk yang terbaik dari body shop iaitu skin care and perfume..


Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

Read More

Sabtu, 3 Februari 2018

Servis Review Produk Di Blog

4 comments

Servis Review Produk Di Blog
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin buka slot untuk paid review di blog ini. Jika anda ada produk atau restoran yang nak di review boleh terus hubungi saya di emel [email protected] 

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini juga saya ada membuat beberapa review berkenaan tempat makan, produk perfume, makanan dan juga servis perkhidmatan awam yang disediakan di Malaysia terutamanya. 

Selain itu juga, saya juga turut terlibat dengan contribute Local Guides di Google yang sekarang sudah hampir ke Level 4. Di local guide ini saya akan buat review untuk kedai @ restoran anda untuk tatapan umum di google maps. Setakat ini saya telah contribute di local guides ini dari Malaysia sehingga ke Singapura.

Local Guides
Selain daripada saya contribute di local guides google, saya juga akan menulis review di blog ini dan kebanyakkannya article yang telah saya publish akan berada di Halaman Pertama @ Top 20  di search engine google berdasarkan keyword yang dicari oleh user. Sebagai contoh anda boleh lihat gambar dibawah ini.


Produk Perfume
 Produk Perfume

Servis Pegangkutan Awam
Perkhidmatan Awam


Produk Camping
Produk Kem


Produk Minuman
Produk Kopi

Restoran
Restoran

Oleh yang demikian, jika anda berminat ingin saya membuat review diblog saya ini boleh contact di emel [email protected]



Read More

Sabtu, 20 Januari 2018

Hadiah Dari Giveaway Irda Garmin " Sendiri Mau Ingat "

4 comments

Sendiri Mau Ingat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah sekali lagi blog ini terima hadiah daripada penyertaan giveaway ini. Tapi hadiah kali ini adalah daripa Giveaway Irda Garmin yang pertama kali di anjurkan oleh beliau. Hadiah yang saya terima adalah senaskah buku yang bertajuk Sendiri Mau Ingat.

Tak sangka pula blog ini tersenarai mereka yang terima hadiah ini. Terima kasih ya Irda untuk buku ini. 


 
Saya baharu saja buka sampul ini, bila je buka terus ternampak buku Sendiri Mau Ingat, Ingat Sebelum kena Jimat Sebelum Habis. Waa nama buku je dah bagi saya impress apatah lagi isi kandungan didalam buku ini sungguh memotivasikan diri ini. 

Actually saya memang suka membaca buku self-motivate ini selalunya baca buku dalam version English tapi ini buku pertama saya yang dalam versi Bahasa Melayu. Terima kasih ye Irda menambahkan lagi koleksi buku saya. 

Apabila saya buka sahaja kulit buku ini dan lihat muka surat pertama terus ternampak ini; 

Ada ucapan.. :) 

Waa sungguh terharu bila ada ucapan sekali tu.. Bukan senang nak dapat gift siap ada note ni.. :D :D 

Sinopsis
Okay kalau anda nak tahu apa sinopsis buku ni boleh baca dekat gambar atas ni. Saya nak summary kan masih tak boleh lagi sebab baru je baca buku. Tapi buku ini amat bagus untuk anda baca kerana ia memberikan anda self motivate yang tinggi serius tak tipu.. Sebab sekarang ni saya pun dah rasa macam stress kerja kan so bila baca ni rasa macam hilang stress tu tiba-tiba ada semangat motivasi tu datang kembali, maybe dah lama sangat tak relax baca buku kan. Okay untuk mereka yang ingin dapatkan buku ini boleh cari di kedai buku harga ia RM10.00 terbitan karangkraf.


Apa yang membuatkan saya terus termotivasi lepas baca buku ini?

Introduction dia memang superb dan topik 1 dia je dah cukup super apatah lagi topik lain. Nak tahu topik 1 dia ape? Topik 1 dia bertajuk Kenapa Takut Nak Percaya Diri  dalam topik ini ia memberitahu kebanyakkan manusia mengalami masalah ini iaitu tidak percaya diri sendiri tetapi orang lain percayakan dan yakin dekat kita. Mesti anda yang baca ini pun sama situasi begini kan.. :D 

Apa yang diberitahu didalam buku ini merendah diri itu bagus tapi janganlah merendah sampai hilang motivasi. Jangan sampai tahap merendah diri sehingga menganggap Allah tidak memberi anugerah kepada kita. Setiap makhluk Allah ciptakan pasti ada anugerah dan keistimewaan tersendiri. Sedangkan orang gila pun ada keistimewaan dia tersendiri, kenapa? Kalau dia berjalan dijalan raya, pernah ka dia berjalan di tengah jalan raya yang banyak kereta? Tak pernah kan, dia pasti akan jalan di tepi kan. Padahal dia tu orang gila, tapi macam mana dia tahu kalau jalan tengah jalan kena langgar dan mati? Itulah keistimewaan yang dia ada.

Sungguh memotivasikan ? Setiap topik tidak banyak pun pages dia dalam 3 - 5 halaman je. Macam dia cakap bacaan santai2 tapi terus menusuk ke kalbu gitu. Ringkas dan paadat. 

Jadi tunggu apa lagi jom kita grab satu buku dan baca.. Serius memang takkan menyesal punya.. 


Read More

Rabu, 10 Januari 2018

Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035

5 comments

Cashflow
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama juga saya tidak berkongsi teknik dan juga tips bagaimana untuk menyimpan duit anda. Memang agak sukar untuk kita menyimpan duit ini, tapi untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan kita perlu berkorban sedikit duit gaji itu untuk disimpan didalam simpanan anda.

Kenapa saya tidak menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu tua kemudian hari? Sebaliknya saya menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan, ini disebabkan anda sudah mempunyai simpanan KWSP jika anda berkerja dengan sektor swasta dimana setiap bulan potongan akan dibuat dari gaji terus masuk ke akaun KWSP anda, dimana pada saya duit yang berada didalam KWSP itu adalah untuk digunapakai sewaktu anda telah pencen sahaja. 

Untuk menyimpan duit ini ia perlu daripada attitude anda sendiri, jika anda sendiri tidak mahu menyimpan duit dan tidak ada keinginan untuk menyimpan duit ia tetap tidak akan terjadi sebab attitude anda telah menetapkan anda tidak mahu menyimpan duit. 

Jadi bagaimana untuk mengubah attitude itu ? 

Ia terdapat dalam dua keadaan iaitu dalam keadaan terdesak dan anda mula ubah attitude itu sendiri.

Bagaimana keadaan terdesak itu berlaku? 

Ia akan berlaku jika ada kecemasan yang berlaku dan disaat itu anda memerlukan duit untuk digunapakai tapi disaat itu juga anda baru tersedar bahawa anda tidak mempunyai duit untuk digunapakai. Jadi ketika itu anda mula sedar dan berubah untuk mula menyimpan duit anda untuk digunakan pada waktu kecemasan. 

Bagaimana pula jika anda ingin Ubah attitude itu sendiri?

Untuk permulaan ia agak mudah sekali, iaitu anda hanya perlu menyimpan hanya 1% sahaja dari duit gaji anda itu. Sebagai contoh;

RM2035 X 1% = RM20.35

Untuk permulaan anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM20.35 sahaja, untuk bulan seterusnya cuba tingkatkan nilai percent itu sehingga ia capai satu tahap nilai percent itu tidak boleh di naikkan lagi disebabkan oleh ia telah menganggu duit anda untuk kegunaan harian. 

Untuk lebih detail boleh rujuk di artikle ini Teknik Menyimpan Duit RM

Okay.. Untuk topik hari ini saya ingin berkongsikan satu yang agak advance sedikit yang lebih kepada keadaan kehidupan pada masa ini. 

Situasi

Si A mempunyai gaji pokok dia adalah RM2300 dan tolak epf setiap bulan adalah 11% iaitu sebanyak RM253.00 minus perkeso anggaran RM12 jadi gaji bersih Si A untuk setiap bulan adalah RM2035. 

Seterusnya bagaimana pula tips yang saya nak kongsikan kali ini? 
Saya akan pecahkan 100% kepada tiga bahagian.
  1. 50% = Expenses (Perbelanjaan)
  2. 30% = Savings (Simpanan)
  3. 20% = Spending (Duit Poket)
Jika ia dipecahkan berdasarkan gaji tersebut adalah;
  1. Expenses = RM1017.50
  2. Saving = RM610.50
  3. Spending =  RM407.00
Pecahan untuk Expenses (RM1017.50)
  1. Loan = RM500
  2. Bill Telefon = RM85
  3. Personal Insurans = RM142
  4. PTPTN = RM179
  5. Others = RM111.50
Pecahan Saving (RM610.50)
  1. ASB = RM300
  2. Tabung Haji = RM310.50

Ini adalah salah satu contoh teknik iaitu menggunakan tiga pecahan 50% (Expenses), 30% (Saving) & 20% (Spending). Kenapa saya buat tiga pecahan, ia untuk memastikan cashflow anda setiap bulan itu cantik dan tidak ada berlaku negatif value terjadi terhadap duit gaji anda. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan anda tidak over spend duit gaji anda tiap bulan untuk perkara lain. Percentage ini juga dapat mendidik anda untuk menyimpan duit gaji anda itu didalam akaun simpanan yang anda suka. 

Kenapa ada dimasukkan untuk spending? 

Ia sebagai satu reward kepada anda untuk beli barang peribadi anda seperti minyak wangi, baju, duit poket dan lain-lain.


Akhir kata, cara-cara untuk menyimpan duit itu anda boleh buat ikut kesesuaian dengan lifestyle hidup anda sendiri tetapi yang paling penting sekali adalah anda mempunyai semangat untuk menyimpan duit walaupun duit yang anda simpan itu adalah bernilai RM0.10, jika semangat itu tidak ada didalam diri anda ia tetap juga tidak terjadi. 





Read More