Januari 2018 Januari 2018 - The New Minded Januari 2018 Januari 2018

Sabtu, 20 Januari 2018

Hadiah Dari Giveaway Irda Garmin " Sendiri Mau Ingat "

4 comments

Sendiri Mau Ingat
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah sekali lagi blog ini terima hadiah daripada penyertaan giveaway ini. Tapi hadiah kali ini adalah daripa Giveaway Irda Garmin yang pertama kali di anjurkan oleh beliau. Hadiah yang saya terima adalah senaskah buku yang bertajuk Sendiri Mau Ingat.

Tak sangka pula blog ini tersenarai mereka yang terima hadiah ini. Terima kasih ya Irda untuk buku ini. 


 
Saya baharu saja buka sampul ini, bila je buka terus ternampak buku Sendiri Mau Ingat, Ingat Sebelum kena Jimat Sebelum Habis. Waa nama buku je dah bagi saya impress apatah lagi isi kandungan didalam buku ini sungguh memotivasikan diri ini. 

Actually saya memang suka membaca buku self-motivate ini selalunya baca buku dalam version English tapi ini buku pertama saya yang dalam versi Bahasa Melayu. Terima kasih ye Irda menambahkan lagi koleksi buku saya. 

Apabila saya buka sahaja kulit buku ini dan lihat muka surat pertama terus ternampak ini; 

Ada ucapan.. :) 

Waa sungguh terharu bila ada ucapan sekali tu.. Bukan senang nak dapat gift siap ada note ni.. :D :D 

Sinopsis
Okay kalau anda nak tahu apa sinopsis buku ni boleh baca dekat gambar atas ni. Saya nak summary kan masih tak boleh lagi sebab baru je baca buku. Tapi buku ini amat bagus untuk anda baca kerana ia memberikan anda self motivate yang tinggi serius tak tipu.. Sebab sekarang ni saya pun dah rasa macam stress kerja kan so bila baca ni rasa macam hilang stress tu tiba-tiba ada semangat motivasi tu datang kembali, maybe dah lama sangat tak relax baca buku kan. Okay untuk mereka yang ingin dapatkan buku ini boleh cari di kedai buku harga ia RM10.00 terbitan karangkraf.


Apa yang membuatkan saya terus termotivasi lepas baca buku ini?

Introduction dia memang superb dan topik 1 dia je dah cukup super apatah lagi topik lain. Nak tahu topik 1 dia ape? Topik 1 dia bertajuk Kenapa Takut Nak Percaya Diri  dalam topik ini ia memberitahu kebanyakkan manusia mengalami masalah ini iaitu tidak percaya diri sendiri tetapi orang lain percayakan dan yakin dekat kita. Mesti anda yang baca ini pun sama situasi begini kan.. :D 

Apa yang diberitahu didalam buku ini merendah diri itu bagus tapi janganlah merendah sampai hilang motivasi. Jangan sampai tahap merendah diri sehingga menganggap Allah tidak memberi anugerah kepada kita. Setiap makhluk Allah ciptakan pasti ada anugerah dan keistimewaan tersendiri. Sedangkan orang gila pun ada keistimewaan dia tersendiri, kenapa? Kalau dia berjalan dijalan raya, pernah ka dia berjalan di tengah jalan raya yang banyak kereta? Tak pernah kan, dia pasti akan jalan di tepi kan. Padahal dia tu orang gila, tapi macam mana dia tahu kalau jalan tengah jalan kena langgar dan mati? Itulah keistimewaan yang dia ada.

Sungguh memotivasikan ? Setiap topik tidak banyak pun pages dia dalam 3 - 5 halaman je. Macam dia cakap bacaan santai2 tapi terus menusuk ke kalbu gitu. Ringkas dan paadat. 

Jadi tunggu apa lagi jom kita grab satu buku dan baca.. Serius memang takkan menyesal punya.. 


Read More

Rabu, 10 Januari 2018

Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035

5 comments

Cashflow
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama juga saya tidak berkongsi teknik dan juga tips bagaimana untuk menyimpan duit anda. Memang agak sukar untuk kita menyimpan duit ini, tapi untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan kita perlu berkorban sedikit duit gaji itu untuk disimpan didalam simpanan anda.

Kenapa saya tidak menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu tua kemudian hari? Sebaliknya saya menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan, ini disebabkan anda sudah mempunyai simpanan KWSP jika anda berkerja dengan sektor swasta dimana setiap bulan potongan akan dibuat dari gaji terus masuk ke akaun KWSP anda, dimana pada saya duit yang berada didalam KWSP itu adalah untuk digunapakai sewaktu anda telah pencen sahaja. 

Untuk menyimpan duit ini ia perlu daripada attitude anda sendiri, jika anda sendiri tidak mahu menyimpan duit dan tidak ada keinginan untuk menyimpan duit ia tetap tidak akan terjadi sebab attitude anda telah menetapkan anda tidak mahu menyimpan duit. 

Jadi bagaimana untuk mengubah attitude itu ? 

Ia terdapat dalam dua keadaan iaitu dalam keadaan terdesak dan anda mula ubah attitude itu sendiri.

Bagaimana keadaan terdesak itu berlaku? 

Ia akan berlaku jika ada kecemasan yang berlaku dan disaat itu anda memerlukan duit untuk digunapakai tapi disaat itu juga anda baru tersedar bahawa anda tidak mempunyai duit untuk digunapakai. Jadi ketika itu anda mula sedar dan berubah untuk mula menyimpan duit anda untuk digunakan pada waktu kecemasan. 

Bagaimana pula jika anda ingin Ubah attitude itu sendiri?

Untuk permulaan ia agak mudah sekali, iaitu anda hanya perlu menyimpan hanya 1% sahaja dari duit gaji anda itu. Sebagai contoh;

RM2035 X 1% = RM20.35

Untuk permulaan anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM20.35 sahaja, untuk bulan seterusnya cuba tingkatkan nilai percent itu sehingga ia capai satu tahap nilai percent itu tidak boleh di naikkan lagi disebabkan oleh ia telah menganggu duit anda untuk kegunaan harian. 

Untuk lebih detail boleh rujuk di artikle ini Teknik Menyimpan Duit RM

Okay.. Untuk topik hari ini saya ingin berkongsikan satu yang agak advance sedikit yang lebih kepada keadaan kehidupan pada masa ini. 

Situasi

Si A mempunyai gaji pokok dia adalah RM2300 dan tolak epf setiap bulan adalah 11% iaitu sebanyak RM253.00 minus perkeso anggaran RM12 jadi gaji bersih Si A untuk setiap bulan adalah RM2035. 

Seterusnya bagaimana pula tips yang saya nak kongsikan kali ini? 
Saya akan pecahkan 100% kepada tiga bahagian.
  1. 50% = Expenses (Perbelanjaan)
  2. 30% = Savings (Simpanan)
  3. 20% = Spending (Duit Poket)
Jika ia dipecahkan berdasarkan gaji tersebut adalah;
  1. Expenses = RM1017.50
  2. Saving = RM610.50
  3. Spending =  RM407.00
Pecahan untuk Expenses (RM1017.50)
  1. Loan = RM500
  2. Bill Telefon = RM85
  3. Personal Insurans = RM142
  4. PTPTN = RM179
  5. Others = RM111.50
Pecahan Saving (RM610.50)
  1. ASB = RM300
  2. Tabung Haji = RM310.50

Ini adalah salah satu contoh teknik iaitu menggunakan tiga pecahan 50% (Expenses), 30% (Saving) & 20% (Spending). Kenapa saya buat tiga pecahan, ia untuk memastikan cashflow anda setiap bulan itu cantik dan tidak ada berlaku negatif value terjadi terhadap duit gaji anda. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan anda tidak over spend duit gaji anda tiap bulan untuk perkara lain. Percentage ini juga dapat mendidik anda untuk menyimpan duit gaji anda itu didalam akaun simpanan yang anda suka. 

Kenapa ada dimasukkan untuk spending? 

Ia sebagai satu reward kepada anda untuk beli barang peribadi anda seperti minyak wangi, baju, duit poket dan lain-lain.


Akhir kata, cara-cara untuk menyimpan duit itu anda boleh buat ikut kesesuaian dengan lifestyle hidup anda sendiri tetapi yang paling penting sekali adalah anda mempunyai semangat untuk menyimpan duit walaupun duit yang anda simpan itu adalah bernilai RM0.10, jika semangat itu tidak ada didalam diri anda ia tetap juga tidak terjadi. 





Read More