Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035 Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035 - The New Minded Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035 Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035

Rabu, 10 Januari 2018

Teknik Menyimpan Duit Gaji Bersih RM2035

Leave a Comment

Cashflow
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Agak lama juga saya tidak berkongsi teknik dan juga tips bagaimana untuk menyimpan duit anda. Memang agak sukar untuk kita menyimpan duit ini, tapi untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan kita perlu berkorban sedikit duit gaji itu untuk disimpan didalam simpanan anda.

Kenapa saya tidak menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu tua kemudian hari? Sebaliknya saya menggunakan ayat untuk kesenangan kita diwaktu kecemasan, ini disebabkan anda sudah mempunyai simpanan KWSP jika anda berkerja dengan sektor swasta dimana setiap bulan potongan akan dibuat dari gaji terus masuk ke akaun KWSP anda, dimana pada saya duit yang berada didalam KWSP itu adalah untuk digunapakai sewaktu anda telah pencen sahaja. 

Untuk menyimpan duit ini ia perlu daripada attitude anda sendiri, jika anda sendiri tidak mahu menyimpan duit dan tidak ada keinginan untuk menyimpan duit ia tetap tidak akan terjadi sebab attitude anda telah menetapkan anda tidak mahu menyimpan duit. 

Jadi bagaimana untuk mengubah attitude itu ? 

Ia terdapat dalam dua keadaan iaitu dalam keadaan terdesak dan anda mula ubah attitude itu sendiri.

Bagaimana keadaan terdesak itu berlaku? 

Ia akan berlaku jika ada kecemasan yang berlaku dan disaat itu anda memerlukan duit untuk digunapakai tapi disaat itu juga anda baru tersedar bahawa anda tidak mempunyai duit untuk digunapakai. Jadi ketika itu anda mula sedar dan berubah untuk mula menyimpan duit anda untuk digunakan pada waktu kecemasan. 

Bagaimana pula jika anda ingin Ubah attitude itu sendiri?

Untuk permulaan ia agak mudah sekali, iaitu anda hanya perlu menyimpan hanya 1% sahaja dari duit gaji anda itu. Sebagai contoh;

RM2035 X 1% = RM20.35

Untuk permulaan anda hanya perlu menyimpan sebanyak RM20.35 sahaja, untuk bulan seterusnya cuba tingkatkan nilai percent itu sehingga ia capai satu tahap nilai percent itu tidak boleh di naikkan lagi disebabkan oleh ia telah menganggu duit anda untuk kegunaan harian. 

Untuk lebih detail boleh rujuk di artikle ini Teknik Menyimpan Duit RM

Okay.. Untuk topik hari ini saya ingin berkongsikan satu yang agak advance sedikit yang lebih kepada keadaan kehidupan pada masa ini. 

Situasi

Si A mempunyai gaji pokok dia adalah RM2300 dan tolak epf setiap bulan adalah 11% iaitu sebanyak RM253.00 minus perkeso anggaran RM12 jadi gaji bersih Si A untuk setiap bulan adalah RM2035. 

Seterusnya bagaimana pula tips yang saya nak kongsikan kali ini? 
Saya akan pecahkan 100% kepada tiga bahagian.
  1. 50% = Expenses (Perbelanjaan)
  2. 30% = Savings (Simpanan)
  3. 20% = Spending (Duit Poket)
Jika ia dipecahkan berdasarkan gaji tersebut adalah;
  1. Expenses = RM1017.50
  2. Saving = RM610.50
  3. Spending =  RM407.00
Pecahan untuk Expenses (RM1017.50)
  1. Loan = RM500
  2. Bill Telefon = RM85
  3. Personal Insurans = RM142
  4. PTPTN = RM179
  5. Others = RM111.50
Pecahan Saving (RM610.50)
  1. ASB = RM300
  2. Tabung Haji = RM310.50

Ini adalah salah satu contoh teknik iaitu menggunakan tiga pecahan 50% (Expenses), 30% (Saving) & 20% (Spending). Kenapa saya buat tiga pecahan, ia untuk memastikan cashflow anda setiap bulan itu cantik dan tidak ada berlaku negatif value terjadi terhadap duit gaji anda. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan anda tidak over spend duit gaji anda tiap bulan untuk perkara lain. Percentage ini juga dapat mendidik anda untuk menyimpan duit gaji anda itu didalam akaun simpanan yang anda suka. 

Kenapa ada dimasukkan untuk spending? 

Ia sebagai satu reward kepada anda untuk beli barang peribadi anda seperti minyak wangi, baju, duit poket dan lain-lain.


Akhir kata, cara-cara untuk menyimpan duit itu anda boleh buat ikut kesesuaian dengan lifestyle hidup anda sendiri tetapi yang paling penting sekali adalah anda mempunyai semangat untuk menyimpan duit walaupun duit yang anda simpan itu adalah bernilai RM0.10, jika semangat itu tidak ada didalam diri anda ia tetap juga tidak terjadi. 





If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

0 ulasan :

Catat Ulasan