Review Simply Men Hydro Power Shower Gel Review Simply Men Hydro Power Shower Gel - The New Minded Review Simply Men Hydro Power Shower Gel Review Simply Men Hydro Power Shower Gel

Ahad, 25 Mac 2018

Review Simply Men Hydro Power Shower Gel

1 comment

Review Simply Men Hydro Power Shower Gel
Review Simply Men Hydro Power Shower Gel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar anda semua yang sedang baca article ini? Diharapkan anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Hari ini saya ingin membuat satu produk review simply Men Hydro Shower Gel. Produk ini adalah buatan Malaysia ye dan boleh didapati di farmasi Guardian. 

Ceritanya bermula begini, masa tengah jalan di guardian tempoh hari saya ternampak shower gel ini di letakkan di end cap gondola mereka. Mula2 terfikir ada ke brand Simply Men? Macam first time je dengar produk ni. Jadi mula-mula macam biasalakan naluri seorang manusia memang akan was-was untuk guna produk yang kita tak pernah guna sebelum ini. Secara automatik terus membaca ingridient dan buatan dari mana, itu dua faktor yang saya akan baca dan tengok dahulu sebelum saya akan mencuba sesuatu produk baharu ni. Dan saya akan tengok siapa distributor dia, jika ada singapore pun distribute that product so saya memang akan confident untuk mencuba produk baharu. Itu criteria saya untuk mencuba produk baharu kalau takde salah satu dari 3 criteria tu memang harap maaf saya tak akan cuba dan guna. 

So, masa di guardian hari tu this items ada 2 jenis satu Cool dan satu lagi yang ini iaitu Hydro Power. Yang cool tu dia ada campuran menthol dan mint dan bau dia lagi harum tapi malangnya tinggal 1 botol je ada masa tu so memang saya tak akan amik yang last botol tu if that items is not wrapped packaging.. haha.. cerewet juga saya ni kan kalo memilih barang ni.. So masa tu hydro power ni ada banyak stock in shelf dia jadi sudah semestinya la saya akan pilih Hydro Power Shower Gel ni. 

Salah satu yang saya ingin mencuba Hydro Power ni adalah dia ada campuran Avocado Oil dan Tea Tree Oil yang mana dapat membantu melembapkan kulit agar kulit tak kering. Produk ini sebenarnya 3in1 dimana ia boleh dijadikan sebagai body wash, shampoo and also facial wash. Tapi memandangkan shampoo dan pencuci muka saya ada lagi saya hanya gunakan ia sebagai sabun mandi jela.. 

Apa yang best sabun ni ?

  1. Harga yang ditawarkan agar munasabah juga sebab satu botol masa saya beli hari tu Rm5 250ml.
  2. Bau sabun yang wangi dan lekat terus dekat body tu yang best.
  3. Kulit tidak rasa kering.
  4. Sabun ni tak banyak buih.
  5. Botol dia cantik dan kecil je senang nk bawa travel serius.. 
 Nak tahu ingredient dan information produk ni ? Baca dekat gambar bawah ni.

Information
Dari segi ketahanan bau sabun ni agak memuaskan la dia bukan long lasting la macam Produk Old Spice tu tapi agak memuaskan la untuk digunakan setanding dengan harga yang ditawarkan.

Buat mereka yang tengah mencari hadiah untuk buat suprise kepada suami, boleh cuba produk ini so far saya guna ok tak irritation dekat kulit saya ni. Yang penting bau sabun ni menenagkan dan juga ia membasmi kuman 99.9% tu jarang jumpa produk yang ada parfum shower gel ia ada sekali membasmi kuman 99.9% ni.. So tak rugi untuk mencuba produk ni.

Produk ni boleh didapati di farmasi guardian ye..

Nak tahu produk review akan datang dari body shop? jangan lupa untuk subcribed blog ni ye masukkan emel anda untuk tidak lepaskan peluang article review produk yang terbaik dari body shop iaitu skin care and perfume..


Enter your email address:


Delivered by FeedBurner

If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

1 ulasan :

  1. Owh murahnya harganya. memang berbaloi lah. bentuk dan rupa luaran pun memang sesuai dengan lelaki. heee

    BalasPadam