Ogos 2018 Ogos 2018 - The New Minded Ogos 2018 Ogos 2018

Ahad, 19 Ogos 2018

Review Revive Wet Look Hair Gel

1 comment

Review Revive Wet Look Hair Gel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mempunyai satu soalan kepada anda, pernah ketahui produk review hair gel ni? 
Jika anda tidak pernah dengar produk ini jom baca review saya ini. 

Hari ini saya ingin membuat satu Produk Review Revive Wet Look Hair Gel yang awesome ni. Produk ini dikilangkan oleh Fulian (M) Sdn Bhd di Penang. So ia adalah produk buatan Malaysia. Sejak dua menjak ni saya suka menggunakan produk buatan Malaysia ni sebab apa? Sebabnya produk buatan Malaysia juga ada kualiti yang baik ye yang penting ada cop Halal. Tak percaya cuba tengok gambar dekat bawah ni. 

Revive Wet Look Hair Gel
Produk ini mengandungin Provitamin B5 yang menguat, menyeri dan memberi kelembapan sepanjang masa. Produk ini juga bebas alcohol, tidak melekit, uv filter & menjaga kesihatan kulit kepala. 

Satu tube 60ml ni pek yang kecil jika saya guna dapat tahan selama 1 bulan harga nya cuma Rm1.90+ so far setakat ni saya beli untuk tube kecil ni bawah RM2.00. 

Apa yang saya suka mengenai hair gel revive ni?

Walaupun harganya cuma bawah RM2.00 ia dapat mengatasi masalah rambut saya yang beralun jika rambut saya panjang terutama sekali di jambul rambut tu dekat dahi memang suka beralun, tapi bila guna produk ni masalah rambut beralun tu dah berkurang ia macam searasi dengan rambut saya ni. 

Dari segi ketahanan hair gel ni amat bagus ia dapat tahan +-9jam kiranya pakai waktu pagi tu sebelum turun kejer balik kejer tu masih nampak segar je rambut tu dan masih tersusun rapi lagi rambut tu. 

Senang untuk diapply di rambut? Ya ia senang untuk dipakai dirambut dan senang uruskan rambut tu.. Selalu style sy guna sikat tepi je senang.. :D :D

Ada bau ke minyak rambut ni? Dari segi bau ia bau fresh tak de la bau wangi semacam tu.

Senang ke untuk mencuci rambut selepas guna? 
Ya satu yang saya suka ia senang untuk dicuci selepas guna, bilas je dengan air dah turun dah hair gel tu lepas tu guna shampoo settle takde dia meniggalkan sisa gel tu di rambut. 

So far setakat saya pakai hai gel ni walaupun rambut tu jadi agak keras sikit tapi ia tak mencengkam sampai ke kulit kepala so rasa kulit kepala tu takde mencengkam la di keras atas rambut je gitu. Itu yang paling best produk ni. 

Buat mereka nak cuba hair gel ni boleh dapatkan dipasaraya terdekat, tapi untuk yang tube kecil 60ml ni setakat ni saya hanya terjumpa produk ni di Aeon Wellness sahaja. Okay selamat mencuba ya..






Read More

Jumaat, 10 Ogos 2018

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018

4 comments

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama mendiamkan diri, finally im back!!! Domain ni baru sahaja direnew semalam renew terus utk 3 tahun. biar lama sikit domain ni aktif. Dah 3 tahun rupanya domain ni rupanya tak sangka pulak boleh lama begini menggunakan domain ni. Ia dah macam nak hampir ke tahap matang dah ni so agaknya memang akan kekal la nampaknya domain ni dengan blog ni.

Awal-awal dulu asalnya blog ni guna domain thenewminded lepas tu tukar guna ahmadhasif dot info lepas tu kalau tak silap tukar kepada thenewminded semula dan akhir sekali lekat lah 3 tahun menggunakan ahmadhasif.my ni.

Niat untuk kembali aktif dalam blog ni memang ada muncul dah ni, ada yang request untuk edit template review produk dan servis. Ada dapat invitation seminar SEO. Ada cerita yang menarik nak dikongsikan dan akhir sekali apa yang memotivasikan diri adalah bila tiba-tiba dapat emel your account domain is been suspended masa tu baru tefikir it's too late i need to redo this all?? hahaha itu motivasi paling okay sekali untuk menyedarkan diri ini yang bahawasanya anda mempunyai blog jangan lupa untuk terus berkarya. 

Honestly to say, buat mereka yang nak suruh edit template itu saya memang kekangan masa untuk edit so saya memang tidak akan buat dah ya. 

But, jika untuk paid review ia masih dibuka dan boleh terus contact saya untuk quatation. 

Okay back to topics, hari ini saya ingin berceritakan mengenai total earning google adsense saya setakat bulan ogos 2018 ini. Walaupun last update blog adalah pada March 2018 tapi trafik yang hadir ke blog ini masih memberangsangkan ada juga trafik harian yang sudi terjah blog ini. 

Earning Google Adsense Bulan Ogos 2018
Inilah hasilnya, alhamdulillah setakat ni berjaya mengumpul sebanyak $7.86 kalo di convertkan dekat RM28+ juga la. So far saya biarkan je duit tu dalam tu jangan diusik bila perlu jer baru di cashout kan wang tu.

Siapa ada tips bagaimana nak naik kan earning tu ya? asyik dapat $0.04 je tak pernah lagi merasa lebih $0.50 keatas. Kalau ada tips boleh la ya kita berkongsi di ruang komen di bawah ni. Terima kasih.


Read More