Review Revive Wet Look Hair Gel Review Revive Wet Look Hair Gel - The New Minded Review Revive Wet Look Hair Gel Review Revive Wet Look Hair Gel

Ahad, 19 Ogos 2018

Review Revive Wet Look Hair Gel

1 comment

Review Revive Wet Look Hair Gel
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya mempunyai satu soalan kepada anda, pernah ketahui produk review hair gel ni? 
Jika anda tidak pernah dengar produk ini jom baca review saya ini. 

Hari ini saya ingin membuat satu Produk Review Revive Wet Look Hair Gel yang awesome ni. Produk ini dikilangkan oleh Fulian (M) Sdn Bhd di Penang. So ia adalah produk buatan Malaysia. Sejak dua menjak ni saya suka menggunakan produk buatan Malaysia ni sebab apa? Sebabnya produk buatan Malaysia juga ada kualiti yang baik ye yang penting ada cop Halal. Tak percaya cuba tengok gambar dekat bawah ni. 

Revive Wet Look Hair Gel
Produk ini mengandungin Provitamin B5 yang menguat, menyeri dan memberi kelembapan sepanjang masa. Produk ini juga bebas alcohol, tidak melekit, uv filter & menjaga kesihatan kulit kepala. 

Satu tube 60ml ni pek yang kecil jika saya guna dapat tahan selama 1 bulan harga nya cuma Rm1.90+ so far setakat ni saya beli untuk tube kecil ni bawah RM2.00. 

Apa yang saya suka mengenai hair gel revive ni?

Walaupun harganya cuma bawah RM2.00 ia dapat mengatasi masalah rambut saya yang beralun jika rambut saya panjang terutama sekali di jambul rambut tu dekat dahi memang suka beralun, tapi bila guna produk ni masalah rambut beralun tu dah berkurang ia macam searasi dengan rambut saya ni. 

Dari segi ketahanan hair gel ni amat bagus ia dapat tahan +-9jam kiranya pakai waktu pagi tu sebelum turun kejer balik kejer tu masih nampak segar je rambut tu dan masih tersusun rapi lagi rambut tu. 

Senang untuk diapply di rambut? Ya ia senang untuk dipakai dirambut dan senang uruskan rambut tu.. Selalu style sy guna sikat tepi je senang.. :D :D

Ada bau ke minyak rambut ni? Dari segi bau ia bau fresh tak de la bau wangi semacam tu.

Senang ke untuk mencuci rambut selepas guna? 
Ya satu yang saya suka ia senang untuk dicuci selepas guna, bilas je dengan air dah turun dah hair gel tu lepas tu guna shampoo settle takde dia meniggalkan sisa gel tu di rambut. 

So far setakat saya pakai hai gel ni walaupun rambut tu jadi agak keras sikit tapi ia tak mencengkam sampai ke kulit kepala so rasa kulit kepala tu takde mencengkam la di keras atas rambut je gitu. Itu yang paling best produk ni. 

Buat mereka nak cuba hair gel ni boleh dapatkan dipasaraya terdekat, tapi untuk yang tube kecil 60ml ni setakat ni saya hanya terjumpa produk ni di Aeon Wellness sahaja. Okay selamat mencuba ya..






If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Ahmad Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

1 ulasan :

  1. Murahnya gel ni! Btw, vitamin B memang bagus untuk kesihatan rambut tau :)

    BalasPadam