Jun 2019 Jun 2019 - The New Minded Jun 2019 Jun 2019

Khamis, 13 Jun 2019

Review SG Men Aura EDT 100ml Perfume

2 comments

SG Men Aura EDT 100ml
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar reader semua? Lama juga tidak bersiaran untuk update blog ini disebabkan kekangan masa diopis. 

Hari ini saya ingin membuat satu review produk SG Men Aura EDT 100ml perfume. Seperti yang anda lihat isi kandungan minyak wangi dalam botol tu pun dah tinggal suku.. :D 

Minyak wangi ini saya beli tempohari di parkson dengan harga promosi RM12 jika tak silap. Masa itu bulan puasa pergi berajalan di bangi central and then singgah sebentar di parkson tu saje cuci mata tengok barang. Alih2 tersangkut pula dengan produk ni.

Apa yang menarik produk ini?

Yang menarik produk ni bau perfume ni memang kena citarasa saya bau fresh ada sedikit bau citrus ada bau garang sikit.. haha memang kena la dengan hidung ni. Bila pakai harum semerbak satu bilik.. 

Ketahanan minyak wangi ini?

Dari segi ketahanan saya bagi ok la setanding dengan harga yang dibayar tu. takde la tahan sampai 8 jam tu. cukupla sekadar tak de bau badan bila berpeluh tu dengan lepas office hours bau badan tu ok lagi la. kalau nak sentiasa ada bau minyak wangi kena la bawa ke opis satu botol simpan lepas lunch spray satu round ha baru la wangi nanti kan. 

Design produk ini ?

Dari segi design botol perfume ni ringkas sahaja tak complicated sangat berbentuk empat segi dan berwarna jernih (clear) botol yang digunakan botol kaca dan nozzle spray setakat yang saya guna seperti dalam gambar dekat atas itu tidak lagi memberi sebarang masalah macam tekan2 minyak wangi tak keluar ke or etc. So overall quality ada la untuk produk ni. 

Akan repeat order?

Ye. Saya akan repeat order untuk botol seterusnya... :D kepadaa mereka yang kenal saya mesti tahu berapa banyak nye collection perfume saya dari yang murah sehingga la yang mahal harganya. Tu pun kena habiskan betul2 dulu perfume ni baru boleh beli yang baru.. 

Salah satu kegemaran perfume saya adalah dari crab tree bergamort cologne tu bau memang fresh sangat. 

So kesimpulannya, kepada yang nak cuba boleh dapatkan di pasaraya yang berdekatan anda.. Macam saya ari tu beli di parkson area bangi sentral tu. harga berpatutan bau pun sedap je. Nanti anda boleh la ya cuba. 

Next article insyallah saya akan review satu produk Adidas pula ya. 

Dalam draft ni ada satu article belum sempat publish lagi, berkenaan tutorial excel insyallah ada kesempatan akan mula menulis semula article tersebut untuk manfaat kepada mereka yang memerlukannya.

 








Read More