2020 2020 - The New Minded 2020 2020

Sabtu, 18 Januari 2020

Resepi Popia Goreng Rangup

1 comment

Popia Goreng Rangup

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai Resepi Popia Goreng Rangup..

Resepi Popia Goreng Rangup ni resepi isteri saya yang punya, saya sediakan bahan aje..

Bahan-bahan yang digunakan adalah udang segar, kobis, telur, carrot & bawang holland. Kesemua bahan-bahan tu kena sagat atau potong halus.. 

Cara menyediakan bahan-bahan tu adalah,

Langkah Pertama gorengkan udang dengan kunyit sedikit lepastu angkat udang yang dah siap goreng.. lepastu Goreng telur dadar dan dipotong halus suapaya senang nak letak dekat popia nanti. 

Seterusnya adalah tumiskan untuk bahan-bahan sayur pula. Pertama sekali tumiskan bawang holland dulu lepas dah naik wangi kita masukkan kesemua sayur tersebut bila dah siap masak angkat tosskan dia untuk bagi Kering sikit.. 

Masa untuk membalut popia...

Lepas dah siap sediakan kesemua bahan tu amik satu keping kulit popia dan letakkan sayur campur sikit, udang & telur sedikit dekat kulit popia lepas tu bungkuskan dia...

Ulangkan langkah diatas seberapa banyak yang anda mahu makan popia..

Lepas dah siap balut semua masa untuk goreng pula popia tu. Goreng popia dengan api suhu sederhana.

Dah siap goreng masa untuk makan pula... Makan popia bersama kopi memang terangkat tu.. kombinasi yang baik sekali.. 

Anda boleh juga cuba makan popia goreng bersama sos cili dan mayonis pun sedap juga.. 

Kulit popia yang saya gunakan yang brand ni, dia ok la juga ranggup kalau anda nak try boleh beli dekat Pasaraya terdekat anda.. 
Kulit Popia

Read More

Sabtu, 4 Januari 2020

Review Roti Samudra Easy Bite Chocolate

4 comments

Easy Bite Chocolate

Assalamaualaikum dan salam sejahtera, 

Hari ini saya ingin kongsi sedikit mengenai roti samudra easy bite yang boleh didapati di kedai runcit berdekatan anda. 

Roti samudra easy bite yang saya cuba rasa ini adalah perisa coklat. 

Kenapa dia dinamakan sebagai easy bite? 
Sebab ia senang untuk dimakan guna sebelah tangan pun boleh makan tak perlu untuk buka mulut besar-besar just buka sikit ja untuk gigit roti tu, itu sebab dinamakan sebagai easy bite. 

Okay kenapa saya katakan roti easy bite ni best? 

Sebabnya pertama sekali inti dia penuh ya dari hujung ke hujung inti nya tu sekata.

Keduanya roti nya rasa lembut dan padat, walaupun dia panjang berbanding roti cream roll yang lain tapi rotinya itu lembut dan padat.. Qualitynya tu masih sama walaupun anda beli roti itu dekat kedai lain dan kawasan lain.. Kiranya ia ada standard penjagaan kualiti produk tersebut. 

Harganya pula reasonable juga satu roti itu berharga RM1.00.. 

Ketiga, walaupun dia panjang tapi berat roti itu lebih kurang sahaja dengan brand roti cream roll lain anda akan rasa kenyang juga jika makan satu roti ni. 

Perisa roti nya ada beberapa jenis, setakat yang saya tahu yang sedap saya makan coklat & jagung. Perisa lain saya tak sure sebab tak pernah jumpa lagi boleh tengok nanti dekat kedai berdekatan anda. 

Dimana nak dapat roti ni? 

Yang tu saya susah sikit nak cakap sebab jarang juga nampak, tapi yang confirm ada dekat KLIA, ST ROSYAM MART Dan Pasaraya. Kedai serbaneka lain saya tak pasti anda kena tengok sendiri ya. 

Buat mereka yang tak merasai lagi roti ni boleh rasa sekarang, confirm sekali makan pasti nak beli lagi.. Memang puas hati makan tu... 

Jom easy bites dulu bersama kopi.. 😉

Read More