Review Laura Daddys Hazelnut Creame Review Laura Daddys Hazelnut Creame - The New Minded Review Laura Daddys Hazelnut Creame Review Laura Daddys Hazelnut Creame

Jumaat, 31 Januari 2020

Review Laura Daddys Hazelnut Creame

7 comments

Laura Daddys Hazelnut Creame
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai satu produk bumiputera iaitu Laura Daddy's Hazelnut Creame yang dikenali juga sebagai bread spread ya.

Untuk makluman ini bukan paid review ya just perkongsian saya sahaja berkenaan produk ini dimana mungkin anda sendiri pun pertama kali dengar kan. 

Ceritanya bergini, tadi masa tengah berjalan beli barang dekat ST Rosyam Mart duk sibuk mencari barang ayam sayur kan tak perasan pula En. Azrol yang tengah sibuk membuat block display untuk promosi produk ni. Tapi tiba-tiba masa jalan nak ke kaunter bayaran mata ni melilau pula ke kiri ke kanan and then ternampak la block display untuk promosi ni. 

Dalam hati bercakap oh produk baru ni kot tak pernah nampak lagi.. Kebetulan pula memang dah lama tak makan hazelnut choco bread spread ni dalam masa yang sama pula En. Azrol memanggil dengan mengatakan promosi produk baharu hanya RM7.90 terhad untuk 3000 unit pertama sahaja dan juga kepada pemegang kad ahli ST Rosyam Mart. Harga asal dalam RM15.90+.




Bila terdengar sahaja promosi itu apa salahnya cuba satu botol kan, sebab saya ini suka mencuba produk baru yang orang jarang dengar dan jika benda tu sedap dan bagus saya akan berkongsi dekat orang lain pula untuk try.  Jadi saya pun amik la satu botol untuk try dan bayar dekat cashier, sebelum bayar sempat la bergambar satu keping dengan En. Azrol.. hehe.. bukan senang bos nak turun padang buat promosi kan.. 
Bergambar sekeping


Hazelnut Creame



Packaging Hazelnut Creame.

Dari segi packaging hazelnut creame ni ia kemas dan simple.. Means dia terus ke point nampak hazelnut dan gambar roti ok dah tahu dah ini jem roti.. Saya jenis senang je kalau nak beli barang tengok produk tu design simple senang baca memang impulse purchase tu kuat lagi la untuk beli kalau fancy sangat akan amik masa untuk memahami design tu.

Seal Hazelnut Creame

Ia juga ada seal ya untuk dekat botol tu supaya hazelnut choco cream anda tu tak tertumpah selain itu dapat untuk mengekalkan kesegaran produk itu sendiri dan menghidar dari serangga untuk masuk.. Agak ketat ooo seal tu nak buka tadi.. Good.. 

Texture Hazelnut Creame

Ok seperti dekat label ada mengatakan ia smooth & creamy yup betul bila anda sapu je bread spread ni dekat roti rasa lancar jer tak sangkut-sangkut, tak berketul-ketul mudah nak sapu dekat roti ya. Creamy pun betul terasa la choco & hazelnut tu.. Harap akan kekal taste ni akan datang ya..  Tak caya tengok sendiri gambar dekat bawah ni ya tengok betapa sekatanya hazelnut creame ni,

Texture Hazelnut Creame


Berbaloi ke produk ni ?

Okay anda dah bacakan cerita saya mengenai produk ni, pada saya ia berbaloi untuk anda cuba rasa dan makan. Harga normal dia kira mampu milikla bersesuaian dengan texture dan taste yang diberikan sebab memang puas hati kalau anda makan. 

Dekat mana nak dapatkan produk ni ?

Nak dapatkan produk ni saya tak berapa nak pasti tapi yang pasti ia ada jual dekat ST Rosyam Mart dan juga beberapa pasaraya yang lain anda boleh refer dekat facebook ini untuk tanya lebih lanjut ya Laura Daddy Food

Mungkin anda terfikir belum ada lagi orang buat review kan takpe saya buatkan review untuk produk ni supaya senang kalau orang buat search untuk produk ini akan berada dekat search engine tu boleh mereka baca lagi...

Selamat mencuba ya.. Sekali cuba pasti nak lagi.. Oh sebelum terlupa Produk ni kurang manis ya tapi ia Sedap untuk dimakan.. hehe.. 



If You Enjoyed This, Take 5 Seconds To Share It
SHARE

About Hasif


Blogger


Berkongsi Mengenai : Teknik SEO | Info | Tutorial | Freebies |


Untuk sebarang pertanyaan mengenai review atau giveaway boleh emel di:-

[email protected]

7 ulasan :

  1. Support local product. Sedap teruk. Wajib Cuba bagi yg belum Cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup wajib cuba buat yg belum cuba tu..

      Padam
  2. memang tak pernah jumpa lagi, biasa akak beli yang jenama gardenia je kalau hazelnut spread gini... murah pun murah dan rasanya sedap... kalau yang ini nanti ada masa ke rosyam mart nk cuba jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena cuba ni ana.. sedap tak rugi kalau try..

      Padam
  3. lagi sedap dari N***** kannnnnnnnnn ? hee~

    BalasPadam
  4. oohooo sapa suka chocolate spread boleh cuba ni =D

    BalasPadam
  5. suka hazel nut..nnt kalau ke Rosyam Mart boleh la cari nanti...kalau tak lupa la..hehe

    BalasPadam