Cara mengukur saiz kasut beli online Cara mengukur saiz kasut beli online - The New Minded Cara mengukur saiz kasut beli online Cara mengukur saiz kasut beli online Cara mengukur saiz kasut beli online Langkau ke kandungan utama

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Cara mengukur saiz kasut beli online

Cara mengukur saiz kasut beli online

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi sedikit mengenai cara untuk mengukur saiz kaki anda apabila nak beli kasut secara online. 

Kebiasaannya cara ni berkesan sebab kita akan ukur size kaki menggunakan centimetres (cm) . Bila dah ukur boleh maklumkan kepada penjual ukuran saiz kaki anda untuk mereka check kasut size apa yang sesuai dengan ukuran yang anda berikan. 

Kadang kala penjual akan memaklumkan kepada anda jika design kasut tu ada kecil dan suggest untuk ambil saiz besar sedikit untuk keselesaan kepada anda. Trust me diaorang lebih tahu terhadap kasut yang mereka jual tu. Jadi untuk mengelakkan saiz yang salah diterima sila ikut nasihat yang diberikan oleh penjual ya.





Setakat ini saya beli kasut secara atas talian tiada lagi masalah akibat salah size or kecik ke tak selesa ka semua nya cun. 
Sebab itu kita kena ukur dan dengar pandangan nasihat seller tu.

Apa perkara yang perlu anda maklum kepada seller berkenaan kaki anda? 

Selalunya anda perlu maklumkan kepada seller jika kaki anda tu jenis lebar untuk mendapatkan pandangan mereka saiz or design kasut yang sesuai buat anda. 

Bagaimana cara untuk ukur saiz kaki anda?

Senang ja caranya ambil sehelai kertas letakkan kaki atas kertas tanda kan dengan pensel dekat point C dan D. Refer image bawah ni


Ambil pembaris ukur Dari Point C ke Point D tadi tu dan maklumkan kepada seller anda size sebenar kaki anda. 

Perlu diingatkan kadang2 saiz kasut kita pakai tidak sama ukuran dengan yang di jual online jadi perlu dapatkan confirmation dari seller dulu berkenaan saiz kasut yang dijual sebelum membeli... Kang tak pasal2 menyesal pulak kasut yang dibeli tak ok sizenya.

Okay senang je kan nak ukur size kaki anda kan.. So lepas ni jangan was-was nak beli kasut or selipar secara online ya...
Selamat bershopping ya. 

Semoga bermanfaat.. kalau rasa info ni bermanfaat sila sharekan kepada rakan-rakan anda.. Click aja button dibawah ni untuk share ya... 

Terima kasih... 

If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

Catat Komen

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner