Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee - The New Minded Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee Langkau ke kandungan utama

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee

Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.
Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..
Kenapa boleh terima salah barang? 
Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 
Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 
Takkan seller tak perasan?
Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni…

Cara Return Terima Barang Yang Salah Dari Shopee


Assalamaualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tak menyeronokkan pada musim PKP ni berlangsung iaitu Terima Salah Barang Dari Shopee Seller.

Tujuan posting kali ini bukan untuk memburukkan mana-mana seller yang aku beli barang just untuk mengajar anda cara untuk refund bila terima barang salah dari seller shopee. So segala detail seller aku akan blur kan..

Kenapa boleh terima salah barang? 

Yang ni aku tak tahu la apa masalah seller kan.. Sama ada nak cepat or nak tipu tu aku tak tahu la tapi yang pasti ni yang jenis takkan check punya barang sebelum post, tak caya try la mesti rasa sakit hati punya. 

Apa yang paling best adalah.. barang tu dah terang-terang tulis berat 8kg tapi Terima barang tak sampai 1kg.. haha.. 

Takkan seller tak perasan?

Mungkin soalan ni bermain diminda anda bila perkara ni terjadi dekat anda. Ini pun aku takde jawapan kena tanya seller tu cmna dia buat kerja.. Maybe dia punya SOP takda cantik untuk uruskan order online ni.. Biasala manusia kan boleh buat silap.. Tu sebab kena ada SOP dalam setiap perniagaan kita dijalankan.. So seller macam ni customer takkan dapat trace punya sebab bila dah submit return/refund takkan ada button untuk leave review.. 
So in the end customer never know what happen on that seller.. Bad thing buy online.. haha...

Cancellation rate, review & preferred

Benda ni perlu anda amik berat untuk tengok terlebih dahulu supaya bila proses untuk return/refund akan berjalan dengan lancar. 

Cancellation rate ni akan ada display dekat page seller shopee selalunya cancellation rate stok habis or cancel by customer. Kalau tinggi hati2 la ya.. 

Review tengok yang 1 bintang punya dulu untuk tahu attitude SOP seller macam mana so buat la penilaian sewajarnya. 

Preferred ni kalau boleh guna yang preferred seller sebab kebanyakkannya boleh redem coin or free shipping ni akan memudahkan proses untuk return nanti. Shopee mall aku rasa takde masalah kot untuk barang salah hantar ni tak pernah lagi aku kena la.. 

Panjang berjela pula explaination ni.. ok jom ikuti cara nak return barang..



Untuk return barang shopee Menggunakan FREE SHIPPING DARI SHOPEE anda perlu pastikan masa beli barang tu ada free shipping atau boleh redem coin lebih kurang macam tu la help support tu bagitahu dekat aku.. Untuk lebih confirmation boleh guna live chat help support shopee nanti dorang akan explain lebih lanjut sebab ni based on terms shopee so maybe dia akan berubah bila masa anda baca article ni.


Pertama sekali bila terima salah barang or untuk request refund sila pastikan shopee guarantee anda belum expired dan jangan tekan ORDER RECEIVED..

Dekat order detail ada button Return/Refund click dekat situ nanti dia akan minta detail kenapa nak refund so ikut sahaja step tu seperti dekat shopee. 

Shopee guarantee tu tekan extend shopee guarantee untuk pastikan order anda tak autocomplete biasa akan ada extra dalam 3day. Untuk pastikan seller response Return/Refund. 

Jika seller tak response return/refund order tu akan automatic refund duit tu semua dekat akaun anda. Biasanya seller akan cepat2 response ya la sape nak rugi kan walaupun selller anda tu satu mesej pun tak balas kan.. hehe.. 

Step kedua
Bila seller dah accept Return/Refund anda perlu pack kan item tu untuk sent back dekat seller.. 

Ini part yang leceh sikit la.. kalau barang yang anda beli tu under free shipping or boleh redem coin so boleh guna free shipping shopee kalau tak tanggung ler sendiri kos postage tu.

So bila dah pilih untuk free shipping tu kena print invoice AIRWAY BILL RETURN untuk selitkan dekat parcel anda tu.. INGAT YA KENA PRINT SENDIRI... 


Step Ketiga
Postkan barang anda tu dekat courier service pastu inform dekat seller barang dah post.. so tunggu je la kan... 

Senang je kan sebenarnya tapi SOP dia ni ada la step2 kena ikut supaya win-win situation la kan contoh barang tu anda jangan la buka dari packaging dia dah tahu salah biar pi la bentuk dia macam tu jangan duk gatai tangan nak tengok gak benda apa tu.. kang takda refund or kes lagi panjang baru hangpa tahu.. Macam aku terang-terang dah salah barang so seller takleh wat pa la dia accept je la..

So bila seller dah received barang yang anda post tu dalam keadaan baik takda isu duit refund akan masuk ke akaun anda.. Settle..

Alhamdulillah seller yang aku dapat ni baik orangnya dia sentiasa response untuk apa yang dimesej cuma tak cantiknya salah hantar barang.. itu la dia pun mengaku salahnya tak check barang tu dia balas maybe salah pack la tu.. 


So far kalau anda ikuti nasihat saya dekat atas insyallah takkan ada masalah untuk beli barang di shopee.. So far beli barang dari china dengan others local seller tak pernah la lagi salah ni first time la kiranya salah terima barang.

Untuk yang refund duit sahaja tu aku tak pernah try lagi sbb return/refund ni kan nak win-win situation seller tu pun nak berniaga juga. Tapi kalau nak try cuba la tengok. 

Okay so kalu Terima salah barang jangan duk kalut ya.. Tak pasti caranya boleh guna Live Chat Shopee Help Support to assist. kalau dapat seller tak bertanggungjawab boleh juga tanya mereka cara penyelaisaannya macam mana.



If You Enjoyed This, Take 3 Seconds To Share It

Ulasan

Catat Ulasan

Follower



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner